BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Seperti babak Transformers

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Robot AS, MegaBots bakal berentap dengan robot Jepun, Kuratas (gambar kecil) pada tahun depan. AGENSI​

TOKYO 22 Julai - Jika anda peminat filem robotik Transformers atau Real Steel, pastikan anda tidak terlepas pertarungan yang hebat antara dua robot dari Jepun dan Amerika Syarikat (AS) yang akan diadakan pada tahun depan.

Pertarungan tersebut akhirnya direalisasikan selepas syarikat pembina robot Jepun, Kurata menerima cabaran syarikat robot AS, MegaBots, yang baru-baru ini membina sebuah robot gergasi dilengkapi senjata dan berkeupayaan untuk bertarung.

Menurut laporan portal Digital Trends, pertembungan mega itu dijangka berlangsung pada Jun tahun depan untuk menguji keupayaan kedua-dua mesin berkenaan yang hanya melibatkan pertempuran tangan kosong tanpa menggunakan senjata api.

Ketua Pegawai Eksekutif Kurata, Kogoro Kurata berkata, beliau menerima cabaran daripada MegaBots dan tidak gentar untuk berdepan dengan robot buatan Amerika itu.

“Saya akan memastikan kami memenangi pertarungan kerana pembuatan robot gergasi merupakan warisan kebudayaan Jepun,” katanya.

Robot buatan Kurata sangat mengagumkan dengan memiliki berat kira-kira 4,082 kilogram dan setinggi 3.6 meter selain dilengkapi senjata berpeluru manik dan hanya dikemudi oleh seorang pemandu.

Di pihak AS pula, robot gergasi MegaBots mempunyai ketinggian 4.5 meter dengan berat 5,443 kilogram serta dilengkapi meriam yang boleh menembak peluru cat pada kelajuan kira-kira 160 kilometer sejam, tetapi perlu dikawal oleh dua pemandu.

Tarikh tetap perlawanan itu masih belum diputuskan, tetapi pihak penganjur semestinya mengutamakan langkah keselamatan bagi memastikan pengemudi robot berkenaan tidak mengalami kecederaan.
 
Jepun : Kira Yamato, Strike Freedom , Ikimasu

Amerika : Autobots lets roll out.
 
orang lain main robot dah weiii.. ..

Jepun dah terang2 dah tak berapa nak pandang dengan elektronik & gadget dah..
 
Pertarungan live ni. Hebat..
 
malaysia anta ahmad maslan sorang je dah cukup tibai robot dua negara ni, sekali buka mulut abis system error robot tu sebab tak dapat digest idea ahmad maslan
 
sempat lagi kalau malaysia nak buat.. pakai modenas kriss + saga
 
malaysia anta ahmad maslan sorang je dah cukup tibai robot dua negara ni, sekali buka mulut abis system error robot tu sebab tak dapat digest idea ahmad maslan

Yg ni epic. Terus rosak robot tu. Ahmad maslan = virus
 
Trend pembangunan robotik mmg tgh hot sekarang. Kalau tengok body tu risau jgk tengok robot jepun, robot mmg high tech tapi body kereta. Robot US nampak murah tp body traktor. Sekali dia langgar habis robot jepun mahal2.
 
Back
Top
Log in Register