ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Robot AS, MegaBots bakal berentap dengan robot Jepun, Kuratas (gambar kecil) pada tahun depan. AGENSI
TOKYO 22 Julai - Jika anda peminat filem robotik Transformers atau Real Steel, pastikan anda tidak terlepas pertarungan yang hebat antara dua robot dari Jepun dan Amerika Syarikat (AS) yang akan diadakan pada tahun depan.
Pertarungan tersebut akhirnya direalisasikan selepas syarikat pembina robot Jepun, Kurata menerima cabaran syarikat robot AS, MegaBots, yang baru-baru ini membina sebuah robot gergasi dilengkapi senjata dan berkeupayaan untuk bertarung.
Menurut laporan portal Digital Trends, pertembungan mega itu dijangka berlangsung pada Jun tahun depan untuk menguji keupayaan kedua-dua mesin berkenaan yang hanya melibatkan pertempuran tangan kosong tanpa menggunakan senjata api.
Ketua Pegawai Eksekutif Kurata, Kogoro Kurata berkata, beliau menerima cabaran daripada MegaBots dan tidak gentar untuk berdepan dengan robot buatan Amerika itu.
“Saya akan memastikan kami memenangi pertarungan kerana pembuatan robot gergasi merupakan warisan kebudayaan Jepun,” katanya.
Robot buatan Kurata sangat mengagumkan dengan memiliki berat kira-kira 4,082 kilogram dan setinggi 3.6 meter selain dilengkapi senjata berpeluru manik dan hanya dikemudi oleh seorang pemandu.
Di pihak AS pula, robot gergasi MegaBots mempunyai ketinggian 4.5 meter dengan berat 5,443 kilogram serta dilengkapi meriam yang boleh menembak peluru cat pada kelajuan kira-kira 160 kilometer sejam, tetapi perlu dikawal oleh dua pemandu.
Tarikh tetap perlawanan itu masih belum diputuskan, tetapi pihak penganjur semestinya mengutamakan langkah keselamatan bagi memastikan pengemudi robot berkenaan tidak mengalami kecederaan.