BTC USD 82,703.9 Gold USD 4,190.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sepak Takraw

SepakTakraw League

15032336_645755785607287_4478993299203358954_n.jpg

Di perlawanan ke - 3 hari ke - 2 STL Divisyen 1, Perak menang tipis menewaskan Selangor. Perejam Perak Fadzil Mustafa (10) yang menyumbangkan 8 mata purata setiap set untuk kemenangan 2-1 ke atas Selangor!​
 
SepakTakraw League

14993568_645841945598671_80952349665083659_n.jpg

Dalam usaha untuk mengekalkan kedudukan empat teratas, Kuala Lumpur Thunders tampil dengan permainan kemas daripada Amirul Zazwan Amir (8) yang mengumpul purata 8 umpanan berjaya setiap set. Perejam Johor Tigris, Norhafizi Razak, yang baru sahaja dianugerahkan pemain terbaik Dashing minggu lalu, memberi tentangan hebat dengan purata 9.33 mata setiap set. Di penghujung pertengahan musim, kedua-dua pasukan perlu lebih fokus untuk kekal dalam persaingan 4 pasukan terbaik yang akan bermain dalam pusingan playoff Disember nanti​
 
SepakTakraw League

14993408_646245782224954_2116058480936111726_n.jpg

Perejam bintang Fadzli Roslan (9) terpaksa direhatkan selama 3 minggu akibat kecederaan belakang yang dialaminya ketika perlawanan sengit antara Terengganu Turtles dan Penang Black Panthers tempoh hari. Fadzli Roslan (9) ingin berterima kasih kepada semua penyokong yang sentiasa bersama dan terus percaya pasukannya akan terus mengekalkan rekod kemenangan tanpa kalah!​
 
SepakTakraw League

15056396_646263035556562_5870610010306624254_n.jpg

Dengan kehilangan 2 bintang perejam Hanafiah Dollah (12) yang masih lagi belum dapat diturunkan musim ini akibat kecederaan kaki dan Fadzli Roslan (9) yang kita sedia maklum terpaksa direhatkan selama 3 minggu akibat kecederaan belakang, memberi ruang kepada pasukan lain di Ekspres Perdana Sepaktakraw League untuk menamatkan rekod kemenangan bersih Terengganu Turtles.Tetapi apakan daya, cubaan pertama Kedah Eagles menemui jalan buntu apabila mereka pula dijinakkan oleh Terengganu Turtles. Sayap helang terkulai dipatahkan oleh perejam gantian Kamal Alfiza Shafie (11) yang menyumbang 1 hadangan dan 9 mata di set kedua sekaligus membawa kemenangan 21-6 kepada Penyu. Dengan kemenangan ini, Terengganu Turtles terus ampuh di persada liga dengan rekod bersih 8 kemenangan tanpa kalah! Namun harga mahal harus dibayar. Terengganu terus dirundum malang apabila terus dihantui kecederaan. Mangsa terkini Tekong Irsyad Faiz Aziz (15) mengalami kecederaan kaki ketika pertarungan dengan Kedah Eagles. Jumlah kecederaan terkini Terengganu Turtles: 3 daripada 7 pemain​
 
SepakTakraw League

15003325_646301458886053_8828105962247365946_o.jpg

Dalam perlawanan untuk mengelak daripada tersingkir ke Liga Divisyen 1, ATM Guardians bertembung dengan pasukan yang mempunyai penyokong setia yang cukup ramai, Kelantan Warriors! Meskipun stadium MPSJ Serdang Jaya dipenuhi penyokong sendiri, Warriors gagal menangani asakan Guardians apabila tumpas mudah 0 - 2. Bagaikan serangan mortar bertubi-tubi, kemenangan ATM Guardians dihasilkan oleh umpanan mantap daripada Norfaizzul Razak (9) kepada perejam Affifuddin Razali (6) dengan purata 11 umpanan berjaya setiap set dan 11.5 mata dikutip. Pemain Terbaik Mingguan Dashing minggu ke 2, Aidil Aiman Azwawi telah melakukan yang terbaik untuk memberi tentangan kepada Guardians dengan purata 8.5 umpanan berjaya setiap set namun tidak cukup menyaingi serangan ganas Norfaizzul dan Affifuddin! Mampukah ATM Guardians menghidupkan peluang untuk mempertahankan kejuaraan tahun ini? Ataukah mereka hanya akan menjadi penonton ditepi gelanggang ketika perlawanan playoffs Disember kelak?​
 
Back
Top
Log in Register