BTC USD 81,725.8 Gold USD 4,133.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sepak Takraw

SepakTakraw League

15284097_655632151286317_7833867037946156712_n.jpg

Beri sorakan kepada Penang Black Panther! Pasukan yang pertama dalam STL 2016 yang telah berjaya menewaskan Terengganu Turtles yang selama ini belum pernah mempunyai kekalahan dalam statistik mereka!
​
 
SepakTakraw League

15541953_662151907301008_7267819588871068581_n.jpg

Perlawanan Separuh Akhir Sepaktakraw League 2016 Divisyen 1 dan Premier akan berlangsung pada hari Sabtu ini dari jam 4 petang!

Saksikan perlawanan ini di Astro Arena Saluran 801/802 ataupun anda boleh datang ke Stadium MPSJ Serdang Jaya. Masuk adalah percuma!
​
 
SepakTakraw League

15356706_662188683963997_219105305805816045_n.jpg

Minggu terakhir #STL2016 . Minggu terakhir untuk anda semua memberi sokongan buat pasukan kesayangan anda. 6 perlawanan separuh akhir akan berlangsung pada hari sabtu ini untuk Pusingan Playoff. Siapakah yang bakal ke perlawanan akhir? Jangan lupa untuk menjadi sebahagian daripada aksi minggu ini di Stadium MPSJ Serdang Jaya bermula jam 11 pagi! Masuk adalah PERCUMA!​
 
SepakTakraw League

9 jam sebelum bermulanya Pusingan Playoff #STL2016

Pertempuran diantara finalis musim lepas, Kuala Lumpur Thunder, ATM Guardians dan Penang Black Panthers sekali lagi Berjaya melayakkan diri ke Playoff selepas tewas di tangan ATM di perlawanan ahir STL 2015. Terengganu Turtles telah menunjukkan prestasi terbaik mereka di peringkat liga harini turun sebagai pasukan baru dalam pusingan Playoff.

Mala mini siapakah yang bakal menunjukkan kehebatan mereka dan memastikan tempat ke perlawanan akhir esok?

Saksikan perlawanan secara langsung di Astro Arena Saluran 801/802, anda juga boleh datang ke Stadium MPSJ Serdang Jaya. Masuk adalah percuma! Jumpa di sana!

#STLPlayoff
#STL2016
#INIMILIKKITA
 
SepakTakraw League

15622524_663594533823412_6673172285978418725_n.jpg

SELAMAT DATANG KE LIGA PREMIER STL2017 PASUKAN PERAK!
Tidak memberi ruang langsung buat Selangor, pasukan Perak turun dengan semangat dan persembahan mantap harini menewaskan Selangor dengan 2 set. Pasukan Perak akan bertemu pemenang diantara PDRM dan PSM A dalam perlawanan akhir esok. Meor ternyata menjadi hero buat Perak harini dengan menyumbang sebanyak 14 mata untuk membantu kemenangan disamping 20 mata disumbangkan oleh perejam mereka, Fadzil Mustafa. Jika berjaya turun dengan persembahan seperti tadi, Tidak ragu lagi kejuaraan mungkin milik mereka!
​
 
SepakTakraw League

15541346_663636340485898_2783052212080560414_n.jpg

Perlawanan yang sangat sengit! Pertempuran diantara PDRM dan PSM A dalam 3 set yang ditentukan sehingga penghujung mata dan PSM A lebih layak ke perlawanan akhir! . Dengan kemenangan ini PSM A akan bertemu dengan Perak di perlawanan akhir #DIVISYEN1 esok dan bermakna satu lagi slot ke liga Premier STL2017 akan ditentukan dalam perlawanan diantara PDRM bertemu Selangor esok. Pemenang tempat ketiga Divisyen 1 akan secara automatiknya layak ke liga Premier STL2017 nanti. Jangan lupa jam 8pm ini nanti bermulanya perlawanan separuh akhir liga premier diantara Terengganu Turtles bertemu KL Thunders dan Penang Panthers bertemu dengan ATM Guardians di Stadium MPSJ Serdang Jaya atau boleh tonton siaran langsung di @arena801​
 
SepakTakraw League

15492174_663694950480037_7784999001571679270_n.jpg

Pasukan kegemaran dan pasukan yang memegang rekod tanpa kalah paling lama di peringkat liga harini dikejutkan dengan kekalahan mudah kepada Kuala Lumpur dalam perlawanan separuh akhir. Trio Terengganu harini turun tampak serba tidak menjadi harini apabila mengalah dengan dua set. Kuala Lumpur yang turun dengan Farid, Amirul Zazwan dan Hafiz Rahman membuktikan jangkaan perlawanan yang sengit meleset apabila mereka tidak mempunyai banyak masalah untuk memenangi perlawanan. Kuala Lumpur akan bertemu dengan pemenang diantara Penang dan ATM bagi menentukan pasukan yg berhak bergelar JUARA #STL2016 esok!​
 
SepakTakraw League

15589921_663731173809748_4664620849159800977_n.jpg

Ibarat rematch perlawanan akhir STL2015 l, dua pasukan ini bertemu lagi tapi kali ini di peringkat separuh akhir dan kali ini Penang turun dengan misi membalas dendam. Perlawanan seakan mudah untuk Penang di set pertama, tetapi ATM bangkit untuk mengheret perlawanan ke set yang ketiga. Trio Penang harini tidak mampu disekat ATM harini apabila memenangi perlawanan dengan 21-16,15-21 dan 21-12. Esok akan menyaksikan percubaan kedua Penang Panthers untuk menjulang kejuaraan STL dalam perlawanan akhir bertemu dengan Kuala Lumpur Thunder! Siapakah yang bakal bergelar JUARA #STL2016 akan terjawab esok di Stadium MPSJ Serdang Jaya.​
 
Back
Top
Log in Register