BTC USD 83,309.2 Gold USD 4,152.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sepak Takraw

depa tu kalah last game
kalah final je :D

ATM boleh menang la
hari2 training dgn askar
kalah kena tembak kt lutut
tu yg terus menang tu

:D:))
 
black panther ada tekong & killer malaysia kot
killer khairulzaman
tekong x ingat nama apa (budak 18-19 tahun tu)

depa ni xpernah kalah
aku ingat dah boleh jadi juara

east cost surfers ada tekong & killer kebangsaan tapi semifinal pun xlepas :(
 
PSNT sasar 32 regu adu libasan

10takrawtrangu.transformed.transformed.jpg

KUALA TERENGGANU: Persatuan Sepaktakraw Negeri Terengganu (PSNT) menyasarkan lebih 32 regu dalam dan luar negara bersaing merebut Piala Presiden PSNT Terbuka Terengganu 2016 yang bakal diadakan di Stadium Negeri Kuala Terengganu, pada 12 dan 13 Februari depan

Kejohanan dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Koberts dan Syarikat Air Terengganu (SATU) diadakan buat julung kalinya membabitkan dua kategori Terbuka Lelaki dan Terbuka Wanita dengan hadiah keseluruhan RM12,500

Hadiah bagi kategori Terbuka Lelaki ialah juara meraih RM5,000, medal dan piala iringan, naib juara (RM3,000 dan medal) dan ketiga (RM1,000 dan medal) manakala juara Terbuka Wanita RM1,000, medal dan piala iringan, naib juara (RM700 dan medal) dan ketiga (RM400 dan medal)

Presiden PSNT, Shapian Ali, berkata pihaknya sudah menghebahkan kepada kelab dalam negara dan luar seperti Thailand, Singapura, Indonesia serta negara lain untuk turut menyertai kejohanan itu

Katanya, pihaknya juga sudah dihubungi beberapa kelab dari Selangor, Pahang, Kelantan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kuala Lumpur bagi mendapatkan maklumat mengenai kejohanan itu

"Setakat ini, belum ada mana-mana kelab atau pasukan membuat pendaftaran, tetapi kita yakin penyertaan akan melepasi 32 regu yang disasarkan untuk kejohanan ini

"Malah, kita juga membenarkan pemain kebangsaan turut serta dalam kejohanan terbesar yang belum pernah dianjurkan PSNT sebelum ini," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi

Shapian yang juga bekas Timbalan Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) berkata, kejohanan itu juga adalah untuk memberi pendedahan kepada pemain Sukan Malaysia (SUKMA) Terengganu

Katanya, kejohanan itu juga sebagai persiapan pasukan senior Terengganu bagi menghadapi Piala Emas Khir Johari yang akan berlangsung di Putrajaya, pada 23 hingga 28 Februari depan

"Tarikh tutup penyertaan adalah pada 10 Februari dan mana-mana pasukan yang ingin menyertai kejohanan ini boleh berhubung dengan sekretariat pertandingan iaitu Setiausaha PSNT, Abas Mamat (019-9106069), Wan Sulaiman Wan Su (013-9288595) dan Rosmadi Mohamad (013-9336529)," katanya
 
ISTAF Super Series: Talib sudah ada senarai

istaf.transformed_2.transformed.jpg

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad sepak takraw kebangsaan, Abdul Talib Ahmad tampak sudah memiliki bayangan pemain yang akan disenaraikan bagi pada kejohanan ISTAF Super Series Bangkok 2016

Abdul Talib berpuas hati dengan komitmen ditunjukkan pemainnya sewaktu sesi latihan dan berbaki empat minggu sebelum bermulanya pertandingan besar pertama bagi tahun ini, dia sudah mengerah pemainnya untuk menggandakan kerja keras mereka

Ia termasuk sesi latihan tiga kali sehari dan dia berpendapat semua pemain sudah melakukan yang terbaik untuk menambat hatinya

Jurulatih kebangsaan berusia 45 tahun itu dijangka akan memuktamadkan senarai pemain pada pertengahan bulan ini dan berharap pemain yang disenaraikan nanti dapat membawa semangat dan aura sama untuk cuba mencipta kejutan di ISS Bangkok yang juga batu loncatan membentuk skuad mantap bagi menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur tahun depan

"Harapan saya pemain akan gunakan kesempatan yang diberikan ini. Melihat kepada kesungguhan dan kerja keras mereka, saya tahu mereka mahu buktikan sesuatu

"Saya tidak letak sasaran tinggi dan saya tidak mahu memberi tekanan kepada mereka, tetapi tidak mustahil kita boleh cipta kejayaan di Bangkok jika pemain bermain sepenuh hati dan mengikut apa yang telah kita rancang

"Saya lihat pemain ketika ini bebas daripada tekanan, mereka seronok turun berlatih dan fokus saya adalah memantapkan semua aspek yang masih ada kelemahan. Sama ada ketika bertahan, menyerang atau di dalam melakukan servis, kita akan perbaiki sebelum Super Series bermula," katanya
 
Back
Top
Log in Register