BTC USD 82,938.8 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sepak Takraw

PSM, ISN kaji teknik

PETALING JAYA - Tertarik dengan servis unik yang digunakan oleh tekong Persatuan Sepak Takraw Anak-anak Negeri Sembilan (Pestans) B, Mohd. Khaizir Said, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) memberi perhatian kepada teknik pemain itu.

Malah, Ahmad Shabery turut menyifatkan Khaizir sebagai senjata rahsia yang membantu kemenangan pasukannya dalam kategori Terbuka Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan 2011 di The Curve, Mutiara Damansara semalam.

"Saya rasa, pihak Persatuan Sepak Takraw Malaysia patut beri perhatian kepada tekong Pestans, Mohd Khaizir Said, kerana beliau mempunyai kemahiran servis yang tersendiri.

"Bukan sahaja teknik yang digunakan sangat baik, malah dia juga konsisten dalam setiap servis yang dilakukan," kata Ahmad Shabery selepas menonton peringkat akhir Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan 2011, semalam.

Malah, beliau juga mahu pihak Institut Sukan Negara (ISN) mengkaji teknik tersebut.

"Saya cadangkan ISN kaji servis Khaizir untuk diterapkan sebagai satu teknik baru dalam skuad kebangsaan dan pelapis,'' katanya lagi.

Ahmad Shabery juga menjelaskan, Kementerian Belia dan Sukan sedia mempertimbangkan untuk menganjurkan kejohanan sepak takraw kebangsaan, malah mengesahkan bahawa sukan itu akan dijadikan acara pada sambutan Hari Belia akan datang.

Ahmad Shabery mengucapkan tahniah kepada pihak KFC dan Utusan kerana kejayaan menganjurkan kejohanan yang yang mendapat sambutan menggalakkan dan berharap ia dapat diteruskan.

"Kita akan bincang dengan pihak yang berkaitan dana supaya dapat menyalurkan peruntukan untuk menganjurkan lebih banyak kejohanan sepak takraw seperti ini."

Katanya lagi, kejohanan ini bukan saja mendapat sambutan hebat, malah mencipta sejarah kerana diadakan di sebuah pusat membeli belah.

"Ini kali pertama dalam sejarah sepak takraw, kejohanan diadakan di pusat membeli belah, ia sangat menarik," katanya.
 
Stacy, Dafi, Wakaka hangatkan acara akhir

PETALING JAYA - Pengunjung di Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan 2011 semalam bukan saja terpaku melihat satu pertandingan hebat, malah turut dihiburkan oleh tiga artis terkenal, Stacy, Dafi dan Wakaka krew.

Dafi, yang menghiburkan pengunjung dengan mendendangkan dua buah lagu berkata, dia sendiri amat terhibur ketika membuat persembahan kerana kagum melihat bagaimana sebuah kejohanan sukan berjaya menyatukan pelbagai bangsa di Malaysia.

"Kejohanan ini sebenarnya bukan saja mempromosikan sepak takraw, malah turut menyatukan seluruh bangsa di negara ini. Jarang sekali kejohanan seperti ini diadakan di tempat terbuka,'' katanya.

Dalam pada itu, Wakaka Krew turut membuat persembahan memukau dengan aksi tarian yang bertenaga, sekali gus mengurangkan debaran pengunjung yang hadir untuk menonton aksi sepak takraw.

Ketua kumpulan Wakaka Krew, Muhammad Haslam atau lebih dikenali sebagai Alam berkata, kejohanan ini memberi manfaat dan patut diteruskan tahun depan.

"Golongan muda sekarang ini asyik dengan futsal saja, jadi jika kejohanan ini diteruskan lagi tahun depan, ia dapat memupuk mereka untuk bermain sepak takraw,'' katanya.

Lebih 2,000 pengunjung menyaksikan acara kemuncak kejohanan tiga hari itu. Dan pihak penaja seperti 100 Plus, Antabax, Utusan Malaysia dan KFC turut mengadakan pelbagai acara.
 
Khaizir terharu jadi tumpuan

PETALING JAYA - Mohd. Khaizir Said muncul pemain popular pada peringkat akhir Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan 2011 semalam gara-gara 'servis terbalik' yang digunakan tekong Pestans B itu ketika menjulang pasukannya muncul juara.

Servis unik yang dilakukannya jarang dapat dilihat dalam mana-mana kejohanan sepak takraw.

Servis tersebut dilihat mampu menandingi kehebatan servis kuda yang sebelum ini diagung-agungkan.

Kata Khaizir, teknik servis tersebut mula dipelajari sejak awal 1990-an dan dia mula berlatih sejak sekian lama sebelum berjaya memberi impak yang mantap.

Katanya lagi, servis kuda sudah terlalu banyak dipakai, jadi dia mengambil pendekatan dengan mengunakan servis baru, dan nyata ia membawa tuah kepadanya.

"Servis ini juga memerlukan kepakaran apit yang bertanggungjawab membaling bola dan keserasian diperlukan.

"Untuk mendapatkan keserasian, ia mengambil masa yang lama,'' jelas Khaizir.

Tambah lagi, dia amat berharap servis tersebut dapat diketengahkan oleh pasukan negara untuk bertanding di peringkat antarabangsa.

"Servis ini sukar diramal dan mampu memusnahkan pasukan lawan," kata tekong berusia 37 tahun itu lagi.
 
macam baguih gak nie ... ada video gak ... ? ada can wakil negara pasnie !!!!:D
 
Bila Lah Malaysia nak ada Liga Professional macam Jiran Kita nih.....

Takraw Thailand League

takrawthailandleaguelog.jpg

http://takrawthailandleague.com/

Potong bantuan: PSM nak bincang

PERSATUAN Sepak Takraw Malaysia (PSM) akur dengan keputusan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang membangkitkan cadangan memotong bantuan kewangan kepada persatuan itu mulai tahun depan.

Presidennya, Datuk Ahmad Ismail berkata pihaknya tidak akan menyalahkan pihak lain berhubung perkara itu selepas membaca laporan media, kelmarin bahawa Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek akan memotong bantuan kewangan kepada PSM dan persatuan lain yang gagal menunjukkan prestasi cemerlang di Sukan SEA kali ini.

“Saya akui persembahan skuad sepak takraw negara di Palembang adalah yang terburuk sehingga gagal meraih sebarang emas,” kata Ahmad yang menambah banyak usaha dan latihan sudah dibuat memajukan pemain.

Malaysia tewas 0-3 kepada Indonesia untuk membawa pulang gangsa.

“Apa yang saya lihat, skuad sepak takraw tidak menggunakan senjata mereka ketika bertarung dengan pasukan tuan rumah, sebaliknya hanya bermain dalam zon selesa.” katanya.

Ahmad berkata PSM akan bertemu Shabery Cheek membincangkan isu pemotongan peruntukan itu. – BERNAMA
 
kena mulakan dari sekolah jugak....bebudak dah ramai tak pandai nak main takraw...asyik main futsal jer
 
Back
Top
Log in Register