BTC USD 83,014.8 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sepak Takraw

'Rombak sistem latihan PSM'

Jangan salahkan pemain: Shapian

JANGAN menuding jari menyalahkan pemain di atas keaiban skuad sepak takraw gagal meraih pingat emas, sebaliknya 'sistem latihan lapuk' diamalkan harus dipertikaikan.

Timbalan Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Mohd Shapian Ali menolak pandangan betapa pemain negara kurang berkualiti apabila mempertahankan persembahan dan kesungguhan mereka sememangnya terserlah.

“Bagi memastikan skuad negara gah dan digeruni di pentas antarabangsa, rombakan dan sistem latihan harus dikaji semula, termasuk tidak menggunakan dua perunding yang bertindak sebagai jurulatih di belakang tabir dari Thailand oleh PSM.

“Mandat dan tanggungjawab membentuk pemain perlu diberi sepenuhnya kepada jurulatih kebangsaan Jamaluddin Hassan,” katanya yang juga Yang Dipertua Persatuan Sepaktakraw Negeri Terengganu (PSNT).

Shapian turut merayu agar Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menimbang semula cadangannya memotong bantuan kewangan kepada badak induk itu selepas skuad negara hanya mampu pulang dengan gangsa.

Dia menambah Jamaluddin harus diberi peluang dan ruang membentuk pasukan termasuk dihantar ke luar negara mengikuti kursus kejurulatihan.
 
'Jangan kurangkan geran kami'

PERSATUAN Sepak Takraw Malaysia (PSM) menggesa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) supaya menimbang semula keputusan untuk mengurangkan saluran kewangan (geran tahunan) kepada persatuan sukan itu ekoran daripada aksi hambar skuad sepak takraw pada Sukan SEA 2011 yang berlangsung di Palembang, Indonesia baru-baru ini.

Presidennya, Datuk Ahmad Ismail (gambar) berkata, PSM bergantung sepenuhnya kepada geran tahunan daripada KBS yang disalur menerusi Majlis Sukan Negara untuk menampung kos semua program tahunan dan kos operasi persatuan.

"Sekiranya KBS mengurangkan jumlah geran tahunan, kita juga terpaksa mengurangkan program tahunan yang sedia ada bagi tahun 2012 kerana PSM tidak mempunyai dana kewangan besar seperti persatuan sukan porpular lain," katanya semalam.

Beliau berharap Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengkaji semula perkara itu sebelum mengambil tindakan memandangkan sukan sepak takraw adalah antara sukan tradisi Melayu yang mempunyai bilangan peminat yang ramai dalam negara.

"Adalah tidak adil jika peminat sepak takraw dihukum kerana kesilapan PSM dan skuad negara," katanya.

Ahmad Ismail berkata adalah tidak adil juga sekiranya tugas memajukan sukan itu hanya diletakkan di bahu PSM semata- mata kerana ia bukan suatu tugas yang mudah.

"KBS dan MSN perlu bantu kami dalam perkara ini dan saya sedia menerima sebarang cadangan daripada semua pihak termasuk orang ramai dalam usaha membangunkan sukan sepak takraw negara," katanya.

Ahmad Shabery sebelum ini dilaporkan berkata, KBS akan bertindak memotong peruntukan tahunan PSM dan persatuan sukan lain yang gagal menyerlah pada Sukan SEA Indonesia baru-baru ini.
 
Presiden PSM diminta letak jawatan

‘Jika dia sayangkan sepak takraw, jalan terbaik adalah berkorban dengan berundur'

PRESIDEN Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Ahmad Ismail diminta ‘menyelamatkan’ sukan tradisi itu daripada terus merudum dengan berkorban meletak jawatan yang disandangnya sejak hampir sedekad lalu.

“Jika dia sayangkan dan cintakan sepak takraw, jalan terbaik adalah berkorban dengan meletak jawatan. Peluang dan ruang sudah pun diberi, tetapi nyata dia masih gagal mengembalikan semula kegemilangan sukan tradisi ini.

“Walaupun sukar berbuat demikian, tetapi jika dia melakukan pengorbanan itu, saya percaya dia akan lebih dihormati dan disanjung tinggi pencinta sepak takraw negara,” kata bekas pengumpan negara, Suhaimi Yusof.

Suhaimi yang ditemui selepas program Kafe Sukan terbitan Astro Arena yang membincangkan mengenai kekalahan memalukan skuad sepak takraw negara di Sukan SEA XXVI bulan lalu berkata, suara yang mendesak Presiden PSM itu meletak jawatan bukan datang daripadanya seorang, tetapi ramai di kalangan peminat sepak takraw yang mahukan badan itu diperkasakan.

“Hari ini saya lihat suara-suara itu semakin kuat kedengaran termasuk tindakan beberapa pihak menubuhkan Gabungan Penggiat Sepak Takraw Nasional (GPSN). Ini sudah jelas menunjukkan pencinta sepak takraw negara mahu perubahan dilakukan dalam PSM,” katanya.

Sementara itu, bekas jurulatih negara, Mahat Adnan pula berpendapat Ahmad tidak perlu meletak jawatan, sebaliknya mahukan Presiden PSM itu bertindak ‘membuang’ beberapa pegawai di sekelilingnya yang didapati gagal menjalankan tugas.

“Saya rasa pokok yang rendang ini tidak patut ditebang, tetapi apa yang perlu dilakukan adalah mencantas beberapa dahan yang sudah patah dan rosak. Saya percaya jika Ahmad melantik orang lain yang lebih ikhlas dan jujur menjalankan tugas, PSM akan diuruskan dengan lebih baik,” katanya.
 
Ermm bila dah gila kuasa mcm tu la...
dr sukan asia hr tu dah janji nk letak jawatan...
mmg xleh pakai!
 
Back
Top
Log in Register