BTC USD 82,752.7 Gold USD 4,169.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sepak Takraw

kalah 3 set terus kong..
klau x silap 1st>> 4-15 2nd set>>5-15 3rd set >> 11-15
overall den nyo view team malaysia diagnosis>>
- Servis xdo(hampehh)
- Control ball xdo (x dapek nk cakap apo do)
- Mental koyak ( cepat ne gabra)
- Presiden PSM hampeh.
 
pandai malaysia main petang tadi .. tekong rambut pacak takboleh blah langsung . haha:)):)):))
 
Malaysia gagal atasi Thailand

SKUAD sepak takraw lelaki kebangsaan gagal menandingi kehebatan Thailand selepas tumpas 0-3 pada final Kejohanan Sepak Takraw Dunia Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) 2011 yang berlangsung di Stadium Titiwangsa petang semalam.

Kesilapan yang dilakukan oleh trio negara, Noor Azman Abdul Hamid, Norshahruddin Mad Ghani dan Farhan Adam membuka peluang Thailand menang mudah pada set pertama dengan kelebihan 15-4 dalam masa 11 minit.

Kegagalan tekong negara, Noor Azman mengurangkan kesilapan memaksa jurulatih skuad kebangsaan, Jamaluddin Hassan memasukkan Muhamad Syazam Husin sebagai tekong pada set kedua.

Begitupun, Malaysia gagal menyekat kemaraan Thailand yang terkenal dengan gelaran 'Gajah Putih' itu untuk terus memburu kemenangan di set kedua dengan mata 15-6 dalam masa 14 minit.

Pada set ketiga, usaha skuad negara untuk menyekat trio Thailand yang dibarisi oleh Pornchai Kaokaew, Siriwat Sakha dan Pattarapong Yupadee memenangi set itu juga gagal apabila sekadar meraih mata 15-11.

Jamaluddin berkata, skuad kebangsaan gagal mengunakan kelebihan yang ada pada sistem baharu kiraan mata pada kejohanan itu.

"Pemain kita masih baharu lagi dan mereka baharu menjalani latihan selama empat bulan dan banyak perkara yang masih perlu diperbaiki lagi dan saya harap kita mampu mengatasi kekurangan tersebut apabila beraksi di Sukan SEA, Indonesia 2011 pada akhir tahun ini," katanya.

Sementara itu, skuad wanita Thailand turut mengekori kejayaan yang sama setelah berjaya menewaskan Vietnam 3-0 dengan kiraan 15-7, 15-12 dan 15-9 pada perlawanan akhir kategori wanita. - Bernama
 
Vietnam sekat hajat skuad wanita

IMPIAN skuad sepak takraw wanita negara untuk mara ke final tidak kesampaian selepas tewas 1-3 kepada Vietnam pada aksi separuh akhir Kejohanan Sepak Takraw Dunia Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) 2001 di Stadium Titiwangsa semalam.

Skuad bimbingan Mohd. Fikri Mohd Nor itu gagal menyaingi corak permainan yang ditonjolkan Vietnam yang merupakan naib juara Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China.

Pada set pertama, trio wanita negara yang dibarisi Noor Fairuz Azizan, Rahilah Harun dan Nor Farhana Ismail gagal mengatasi skuad Vietnam yang mendahului 15-5.

Malaysia yang melakukan pertukaran pemain apabila menggantikan tempat Rahilah dengan Siti Nurzubaidah Che Ab Wahab pada set kedua, bangkit menyekat kemaraan lawan dengan kemenangan tipis 15-12 pada set tersebut.

Vietnam yang dibarisi trio, Lai Thi Huyn Trang, Dinh Thi Thuy Hanh dan Nguyen Thi Dung mengekang kebangkitan Malaysia pada set ketiga 15-4 dan menamatkan set keempat 15-11 untuk melangkah ke peringkat akhir.

Mohd. Fikri berkata, dia berpuas hati dengan persembahan anak didiknya walaupun tewas kepada Vietnam kerana mereka telah mencapai sasaran mara ke separuh akhir.

"Banyak perkara yang masih perlu diperbaiki lagi dan saya dapat lihat bahawa skuad wanita negara perlu mendapat lebih pendedahan beraksi di kejohanan luar," katanya.

Mohd. Fikri memberitahu semangat yang ditunjukkan oleh semua pemain membuktikan bahawa skuad wanita kebangsaan mempunyai peluang untuk mara ke peringkat yang lebih tinggi pada masa depan jika semangat yang ditonjolkan dapat dikekalkan. - Bernama
 
bubar je tem PSM ni 2 taun..
hampehh
 
baik bagi org cacat main lg bagus... main game hari2, bila jumpa thai lembik giler... ntah2 lawan myanmar pon lom tentu menang lagik...
 
biar bg pokcik kat padang kampung serdang,sitiawan jadi tekong..smart je dia serve.....tiap2 petang aku tgk time dulu keja sana...sape org sitiawan tau la..hehe...aku dulu main tekong gak..servis kuda skali skala ja jadi...yg lain semua melencong......tp tgk tekong negara mcm budak2 main petang2 ja...hampeh....dooooo sumthing!!!!
 
kalah 3 set terus kong..
klau x silap 1st>> 4-15 2nd set>>5-15 3rd set >> 11-15
overall den nyo view team malaysia diagnosis>>
- Servis xdo(hampehh)
- Control ball xdo (x dapek nk cakap apo do)
- Mental koyak ( cepat ne gabra)
- Presiden PSM hampeh.

aku nak tambah sikit lagi bro...:D:D

- Servis xdo(hampehh) ---- memang haram tol, lambat tukar ngan tekong baru. tekong 1st tu dah memang out time di asia games lagi. gabra semacam. tekong 2nd kita bagus lagi. sekurang2nya ada bagi saingan di set 3... aku rasa kalo coach masukkan tekong 2nd di 1st set, mungkin ada harapan kita dapat menang set 3.

- Control ball xdo (x dapek nk cakap apo do) ---- yang ni pun aku heran. berapa tahun dah dorang ni berlatih, masih xcun2 lagi. janji nak menang, tapi main haprak.


- Mental koyak ( cepat ne gabra) ---- rugi besar main di tempat sendiri dengan sokongan padu penonton, tapi mental x kuat. dah ketinggalan tambah lagi pressure. coach silap percaturan dengan membiarkan tekong 1st main sampai set 2. aku tengok muka killer ngan fidder kita pun xde mood dah nak main, sebab time dorang nak serve sj selalu kandas.. rugi point dah kat situ. sistem kiraan baru (best of 3) dan serve 3x setiap regu ingatkan boleh kalahkan thai......tapi masih juga xdpt... kalo tengok betul2 sistem 3x serve ni la yang boleh diguna pakai untuk mengalahkan Thai..

- Presiden PSM hampeh ---- yang ni memang xbole blah. start sblm asia games lagi janji EMAS... kalo xdpt dia akan sendiri lepas jawatan, heran smpai sekarang masih jadi presiden... haram tol.... :(scam:(scam:(scam:(scam
 
dulu tahun 1998, main peringkat negeri kedah sekali ngan Azlan Mubin (ex-player msia - skrg ni pengulas sukan RTM)... tp mmg layak la dia wakil msia, dr. awal2 lagi dah nampak kematangan game dia.. tahniah Lan Mubin.. hehehe...

lan mubin ni kenapa xmain lagi utk mesia... dulu ok je aku tengok dia main... best jgk
 
Back
Top
Log in Register