BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Others Sentuhan Terakhir

tanpanamatetapsama

Freshie
Messages
45
Joined
Nov 11, 2011
Messages
45
Reaction score
0
Points
6


Terasa sayu bila menonton iklan ini. Seorang isteri sanggup mempercepatkan proses kelahiran anaknya melalui proses 'caesarean' semata-mata untuk memberi peluang kepada si suami menyentuh buah hati tanda cinta mereka sebelum meninggalkan dunia untuk selama-lamanya.

Jelas kelihatan, kasih sayang seorang isteri tidak berbelah bahagi kepada si suami. Kasihan mengenangkan seorang anak yang baru lahir bakal membesar tanpa mengenali kasih sayang seorang ayah. Pilu melihat air mata si ayah bergenang menandakan hati hiba untuk meninggalkan keduanya. Tapi apakan daya, takdir penentu segalanya.

Oleh yang demikian, hargailah setiap detik bersama insan-insan tersayang. Selagi mereka masih berada di dunia. Jika ditakdirkan suatu hari nanti mereka meninggalkan kita. Usahlah menyesal meratap hiba.

Sayangilah dan hargailah Ibu, Bapa dan Anak-anak kita kerana mereka adalah anugerah Allah SWT yang tidak terhingga buat kita semua. Baik buruk mereka, terimalah dengan seadanya.


Copy Paste dari http://karyawanbisu.blogspot.com/
 
sbb nk jual insurans..ak nk ckp fake. haha
 
Back
Top
Log in Register