BTC USD 86,314.2 Gold USD 4,328.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Pesanan terakhir arwah Abang Rock - berhentilah hisap vape

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,546
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,546
Reaction score
1,681
Points
201


Pesanan terakhir arwah Abang Rock

Kuala Lumpur: Seorang lelaki berusia 44 tahun yang mengalami komplikasi jantung serius selepas bertahun-tahun menghisap vape sempat merakam mesej menyayat hati menyeru orang ramai berhenti daripada tabiat itu, hanya beberapa hari sebelum beliau meninggal dunia pada 7 Mei lalu.


"Dua minggu lalu (sebelum rakaman video dibuat, 28 April lalu), Abang Rock dimasukkan di wad ni disebabkan apa? Jantung… jantung lemah. Dia (jantung) dah lemah. (Fungsi) jantung tinggal tiga peratus sahaja untuk hidup. So (Jadi), tiga peratus untuk hidup. Ah, cuma tinggal kata-kata wasiat saja," kata Abang Rock sambil batuk dan kelihatan lemah dalam rakaman video itu.

Beliau turut menunjukkan beg saliran perubatan berisi cecair kekuningan yang dikeluarkan dari paru-parunya, sambil berkata: "Ni dia! Kuning! Air jambu batu! Selagi tak jernih, selagi tu saya tak keluar dari wad. Apa benda ni? Inilah yang duduk dekat paru-paru saya yang melemahkan jantung. Sampai (fungsi) jantung tinggal tiga peratus."

Abang Rock yang juga seorang penghisap vape tegar selama empat tahun mengakui, "kalau ride (menunggang motosikal) sampai Thailand, sembilan jam. Sebelah tangan pegang handle (pemegang tangan motosikal), sebelah tangan pegang vape. Proohh, proohh… hisap vape tegar. Kalau kau kata kau kuat, tak sembanglah," katanya.


"Baru nak insaf hisap vape, nak tinggalkan vape, dah takut. Tapi dua hari, pom! sesak nafas, lemah jantung. Pergi hospital, kritikal," katanya.

Beliau turut menyatakan dalam bilik wad yang sama, tiga lagi pesakit muda di bawah usia 30 tahun meninggal dunia, hanya dia yang masih bertahan.

"Pada orang muda, berhentilah hisap vape. Yang ada, masih ada peluang lagi. Berhenti. Budak muda jantung lemah, paru-paru rosak," pesannya dalam keadaan terbatuk-batuk.

Video itu mencetuskan limpahan simpati, dengan ruangan komen dibanjiri pengguna media sosial yang menganggap mesej itu sebagai satu peringatan dan renungan penting.
 
Memang sebab vape ke atau ada penyakit lain.


Nak juga tau status kesihatan arwah sebelum hisap vape.

Kadang2 genetik ni tak adil.

Ada pakcik perokok tegar 1 kotak sehari pun masih hidup sampai umur 70.

Pagi ngeteh, malam ngeteh.

Genetik memang tak adil.
 
Memang sebab vape ke atau ada penyakit lain.


Nak juga tau status kesihatan arwah sebelum hisap vape.

Kadang2 genetik ni tak adil.

Ada pakcik perokok tegar 1 kotak sehari pun masih hidup sampai umur 70.

Pagi ngeteh, malam ngeteh.

Genetik memang tak adil.

betul. siap minum teh tarik hari2.

dulu kata rokok bahaya. elok isap vape. ni isap vape pun kata bahaya jugak.

anyway kalau pergi overseas, jarang jumpa vape. malaysia je rasanya yg kemaruk sgt dgn vape ni. sampai ada persatuan.
 
betul. siap minum teh tarik hari2.

dulu kata rokok bahaya. elok isap vape. ni isap vape pun kata bahaya jugak.

anyway kalau pergi overseas, jarang jumpa vape. malaysia je rasanya yg kemaruk sgt dgn vape ni. sampai ada persatuan.

Malaysia dalam fasa "membangun" so memang majoriti orang akan FOMO.

Semua benda trend dan viral nak dicuba.

Negara yang dah maju, diorang different level.

Tak main benda noob BBNU mcm ni.

Terus high end stuff mcm marijuana.
 
vape di Malaysia ni pun satu hal juga, siapa yg pantau cara dieorg bancuh perisa tu bagai?... benda chemical tentu arah bahaya, masuk lak through paru-paru. Cecair ni plak beli daripada macam2 kedai, macam2 brand, macam2 perisa, tambah pulak skrg ade benda yg buat high pulak....
 
Back
Top
Log in Register