BTC USD 63,043.1 Gold USD 4,448.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

senduduk putih dari alam bunian

mrlan09

Legendary Member
gemgem
Messages
10,662
Joined
Nov 10, 2009
Messages
10,662
Reaction score
184
Points
923
:)):)) gelak dulu skit, ni ada sepokok senduduk putih liar yang orang kata payah nak jumpa, tapi aku selalu nampak ada je jual kat neseri.

sebelum ni aku pun belum pernah jumpa senduduk putih yg tumbuh liar, tapi hari ni aku dah jumpa seduduk putih liar yg misteri tumbuh ditepi rumah tak berpenghuni, masa bila senduduk tu tumbuh dekat situ entah lah.


20140918_100056_2.jpg

.
.
20140918_100135.jpg
.


tentang senduduk putih/ungu yg aku dapat dari internet

Pokok senduduk merupakan tumbuhan yang tergolong daripada kumpulan pokok renet.yang perlu dibuang didalam amalan pertanian di ladang atau kebun. Terdapat dua jenis pokok senduduk berdasarkan jenis bunganya iaitu ungu dan putih.

Kebanyakan senduduk yang terdapat didalam belukar, atau kawasan terbiar berbunga ungu. Senduduk putih amat jarang sekali ditemui tumbuh secara meliar. Ianya hanya tumbuh disetengah-setengah kawasan sahaja. Dari segi perubatan tradisional, pokok senduduk putih boleh dijadikan seribu satu jenis penawar untuk mengubat terkena racun atau santau tidak kurang ilmu pengasih dan pelbagai kegunaan lainya.

Pokok senduduk putih begitu sinonim dengan masyarakat melayu dan kebanyakannya percaya ianya ada kaitan dengan alam mistik. Selain dari nilai perubatan ianya juga dicari kerana dipercayai mempunyai nilai mistik dan seribu satu macam kisah senduduk putih ini. Kalau mengikut cerita dongeng ada juga yang mengatakan dibawah pokok senduduk putih itu terdapat emas dan permata, tapi bukan yang ditanam sebaliknya yang tumbuh meliar kata mereka.

Ramai yang menyatakan senduduk putih jarang ditemui dan ianya mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Ada yang mempercayai ianya boleh mengubati penyakit barah payudara, mengubati sakit sendi, mengubati resdung, dan juga menjadi penawar bisa ular dan lain-lain penyakit yang berkaitan. Sememang kita agak sukar untuk mencari senduduk putih yang tumbuh meliar namun mungkin ianya boleh di temui di nurseri tapi dari segi khasiat perubatan dan mistiknya mungkin ianya sudah menjadi sedikit hambar dan kurang memberi kesannya.

Wa'allahhualam.
 
dulu masa kecik slalu hidung berdarah.daun senduduk ni bapak gulung masukkan dlm lubang hidung.x smp sminit darah brenti
 
dh 2 pokok kt umah mak ak tumbuh tanpa diundang. tau2 tumbuh je senduduk putih ni. try gak tanam amik biji buah die cuba semai tp xcambahla
 
dh 2 pokok kt umah mak ak tumbuh tanpa diundang. tau2 tumbuh je senduduk putih ni. try gak tanam amik biji buah die cuba semai tp xcambahla

aku rasa agen penyebaran macam burong dah puet kat situ :)):)) siap dgn baja sekali mesti lah tumboh :))
 
dulu masa kecik slalu hidung berdarah.daun senduduk ni bapak gulung masukkan dlm lubang hidung.x smp sminit darah brenti

aku pun sama, masa bebudak dulu hidung selalu berdarah, tapi arwah bapak aku gulong daun sirih sumbat kat hidung..:))
 
dh 2 pokok kt umah mak ak tumbuh tanpa diundang. tau2 tumbuh je senduduk putih ni. try gak tanam amik biji buah die cuba semai tp xcambahla

tak try gali tengok ker.kot ada gold bar pok cik kayooo:D:D
 
tak try gali tengok ker.kot ada gold bar pok cik kayooo:D:D

gali dah :)) xde apa pun

masa gali tu harapan setinggi gunung kot ada keajaiban ke. haha xbole blah
 
sneduduk putih ni mmg payah nak jumpa....jarang2 ada
 
lah..kat kebun aku bnyk...aku ingt pokok hutan...xtau plak pokok susah cari...
 
Back
Top
Log in Register