Xploit Machine
CG Hardcore Club


- Messages
- 73,559
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 73,559
- Reaction score
- 7,740
- Points
- 916
Kita telah hampir ke penghujung tahun, jadi, di sini dikongsikan senarai pelan prabayar (prepaid) internet tanpa had (unlimited) yang berbaloi pada 2023. Namun, anda perlu cakna bahawa istilah "tanpa had" bukanlah bermaksud ia benar-benar tiada had. Akan tetapi, setiap syarikat telco pasti akan meletakkan kadar "FUP". Maksud FUP ialah Fair Usage Policy. Ia merupakan polisi yang menetapkan apabila pengguna mencapai had penggunaan data yang ditetapkan, kelajuan internet mereka akan berkurang berbanding kelajuan asal yang mana kebiasaan di Malaysia dihadkan sehingga 512kbps. Berikut adalah senarai pelan daripada penyedia perkhidmatan telekomunikasi di Malaysia.