BTC USD 83,580.3 Gold USD 4,256.76
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Senarai Calon MIC Pada PRU15

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,262
Points
2,836

Senarai calon MIC pada PRU15​


02 NOV 2022
A⁻A⁺
1967081.jpg


Presiden MIC, Datuk Seri S Vigneswaran (tengah) bersama kepimpinan tertinggi MIC. - Foto Bernama


KUALA LUMPUR – Berikut adalah senarai nama calon MIC yang akan bertanding bagi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15):

KEDAH
P017 Padang Serai – Datuk C Sivarraajh

PERAK
P062 Sungai Siput – Tan Sri S A Vigneswaran
P072 Tapah – Datuk Seri M Saravanan
P076 Teluk Intan – Datuk T Murugiah

SELANGOR
P094 Hulu Selangor – Datuk T Mohan
P111 Kota Raja – D Kajendran
P112 Kuala Langat – Datuk Mohana Muniandy

WP KUALA LUMPUR
P115 Batu – Datuk A Kohilan Pillay

NEGERI SEMBILAN
P132 Port Dickson – Datuk P Kamalanathan

JOHOR
P140 Segamat – Tan Sri M Ramasamy

 

MIC hantar calon di tiga kerusi DUN Perak​

NORMAWATI ADNAN
02 NOV 2022
A⁻A⁺

1967097.jpg


Saravanan ketika ditemui di Bangunan UMNO Perak pada Rabu.


IPOH – Pengerusi MIC Perak, Datuk V Elango tersenarai antara tiga calon MIC yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Elango, 57, dicalonkan di kerusi DUN Sungkai dan dijangka berdepan dengan penyandang daripada DAP, A Sivanesan yang dicalonkan semula di kerusi berkenaan mewakili Pakatan Harapan (PH).

Selain Elango, MIC turut menamakan Setiausaha MIC negeri, G Shanmugiavalloo di DUN Aulong dan Ketua MIC Ipoh Barat, MS Jayagopi di kerusi Buntong.

Kenyataan daripada Pejabat Pengerusi BN Perak itu turut menamakan Ketua Wanita Makkal Sakti Perak, Hamidah Muhamad bertanding di kerusi Jelapang.

Senarai baharu itu melengkapkan calon BN Perak di semua 59 kerusi yang ditandingi pada PRU15 ini.

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika mengumumkan calon BN Perak pada Rabu, tidak menamakan calon di empat kerusi berkenaan berikutan masih terdapat perbincangan sama ada untuk diberikan kepada MIC atau Friends of BN.

Dengan perkembangan itu, MIC mengesahkan akan bertanding di enam kerusi di Perak masing-masing tiga Parlimen dan tiga DUN.

Tiga kerusi Parlimen yang ditandingi MIC adalah Sungai Siput menerusi Presidennya, Tan Sri S A Vigneswaran; Timbalan Presiden, Datuk Seri M Saravanan (Tapah) dan Naib Presiden, Datuk T Murugiah (Teluk Intan).

Saravanan ketika ditemui di Bangunan UMNO Perak berkata, MIC berpuas hati dengan pembahagian kerusi di negeri ini.

“Perak tak ada isu pun kerana kita masih bertanding di kerusi DUN dan Parlimen,” katanya.


Senarai calon BN Perak (baru diumum):

N18 Aulong: G Shanmugiavalloo (MIC) – calon baharu

N30 Buntong: MS Jayagopi (MIC) – calon baharu

N31 Jelapang: Hamidah Muhamad (Makkal Sakti) – calon baharu

N57 Sungkai: Datuk V Elango (MIC) – calon baharu

 
Kt nk tngk brp kerusi mic boleh menang kali nie
 
Duk rasa MIC dah kurang menyerlah selepas zaman mendiang Sammy Vellu
Lebih pada cukup korum ja mic ngn mca lanie....peranan depa bnyk parti dh ambik alih....
 
Back
Top
Log in Register