BTC USD 63,361.3 Gold USD 4,459.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Semut kayap makan kulit

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,197
Points
2,836
kaki01_1473725659.jpg

Kuala Lumpur: “Pada mulanya kami menyangkakan Syara terkena penyakit kayap sehinggalah doktor mengesahkan ia akibat gigitan serangga dikenali sebagai Charlie,” kata Fara Fauzan Ahmad Ramizun, 27, ibu kepada Syara Eryyna Mohd Syafiq, 3, ketika dihubungi, semalam

Kanak-kanak itu mengalami luka melepuh seperti terkena percikan api dan luka teruk di kaki kiri akibat terkena toksin serangga berkenaan

Charlie atau nama saintifiknya kumbang Rove mempunyai toksin yang boleh menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit teruk iaitu ‘dermatitis linearis’, malah boleh mengancam nyawa jika mengalami alahan teruk

Serangga itu yang lebih dikenali sebagai semut kayap mengandungi toksin paling berbisa di dunia, Pederin dan tahap keracunan tinggi biarpun selepas dikeringkan dan disimpan selama lapan tahun

Fara Fauzan berkata, belakang lutut anak sulungnya mula timbul merah seperti ruam pada 25 Ogos lalu sebelum keesokkannya menjadi makin merah dan menggelembung

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

http://www.hmetro.com.my/node/166129?platform=hootsuite
 
Cuci lepas tersentuh

14hm004jh_cropped_1473817016.jpg

Kuala Lumpur: Sentuhan pada mana-mana bahagian kumbang Rove atau disebut Charlie di negara ini perlu dicuci segera bagi mengelak risiko keradangan kulit dan mata yang lebih teruk

Pensyarah Kanan Perubatan dan Pakar Dermatologi Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Kartini Farah Rahim berkata, tindakan pantas perlu memandangkan serangga terbabit memiliki toksin berbahaya di badannya dan boleh menyebabkan mangsa mengalami lepuh dan lecur pada kulit

“Kumbang jenis ini semakin mudah didapati berikutan musim hujan antara Julai dan Oktober

“Pada waktu pagi, kumbang ini merangkak di atas daratan, tetapi cenderung mencari lampu dan cahaya serta masuk ke dalam rumah pada waktu malam

“Fizikalnya yang kecil sering membuatkan kita terlepas pandang, namun sentuhan kulit dengan kumbang ini boleh mendatangkan kesan radang dan penyakit paederus dermatitis (penyakit kulit yang melepuh dan melecur),” katanya

Menurut Dr Kartini, sekalipun kumbang Rove tidak menggigit manusia, namun sentuhannya boleh mengakibatkan kawasan kulit menjadi merah, berair dan melecur pada keesokan harinya

“Kawasan kulit yang bersentuhan serangga ini akan terasa pedih dan gatal

“Jika kumbang berkenaan terlintas di kawasan kulit ketika terbang, ia akan kelihatan seperti satu garisan lurus atau linear dermatitis,” katanya

Akhbar ini semalam melaporkan mengenai kesengsaraan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun, Syara Eryyna Mohd Syafiq yang luka teruk di kaki kiri, melepuh seperti terkena percikan api akibat terkena toksin serangga berkenaan

Menurut ibunya, Fara Fauzan Ahmad Raimuzun, 27, belakang lutut anaknya mula timbul merah seperti ruam pada 25 Ogos lalu dan kemudiannya terus merebak hingga terpaksa dirawat di hospital dan doktor yang merawat mengesahkan anaknya terkena toksin Charlie

Dr Kartini berkata, ramai doktor yang tersalah anggap bahawa kesan lecur adalah herpes zoster atau kayap

“Penyakit ini tidak akan baik dengan pil anti-viral yang biasa, malah rawatan kulit perlu dilakukan secara simtomatik

“Pesakit perlu diberi ubat untuk menurunkan keradangan dan memulihkan lecuran yang ada

“Ia bagaimanapun akan pulih dengan sendirinya,” katanya

Tambah beliau, apabila radang yang dialami pesakit kian pulih, kawasan berkenaan akan menjadi berkerak dan semakin kurang kemerahannya

“Jangan sesekali menggaru kerana toksinnya boleh disebarkan ke kawasan kulit yang lain

“Seeloknya kawasan yang bersentuhan dengan kumbang dirawat dengan kaedah rendam dalam larutan potassium permanganate atau garam biasa selama 30 minit

“Jika kawasan berkenaan tumbuh belon air, cucuk kesan gelembung dengan jarum yang steril dan bersih, tunggu sehingga kempis dan sembur larutan potassium permanganate atau air garam setiap 30 minit sehingga satu jam

“Kawasan terbabit biasanya akan kering selepas tiga hari,” katanya

Namun demikian, pesakit tetap dinasihatkan berjumpa doktor untuk mendapatkan kepastian lanjut mengenai penyakit dihadapi

http://www.hmetro.com.my/node/166408?platform=hootsuite

mmg bahaya semut charlie ni.. huhu
 
tengok kaki bdak ni pon xtaula azab dia mcm mna...sabar la dik..ksian aku tgk
 
bahaya betul la semut ni
berjaga2 la stiap rumah mst kene standby spray anti serangga power
 
kat sawah banyak.. bila musim dia, ia kan terbang cari lampu kat rumah. dia gigit tak berapa bahaya tapi kita akan tampar dia dan perut dia mudah pecah ini yang boleh jadi camtu..
 
Rove tue spesis dia, yang dalam gambar tue orang panggil charlie atau dibarat lebih dikenali dengan nama Nairobi Fly.

benda alah ni bukan menggigit pun macam dalam artikel tu, sengat pun tak. cuma dia ada toksin dalam badan je. so kalau ada kat tangan jangan picit atau buat sesuatu yang menyebabkan toksin tu keluar, just tiup je atau perlahan buang.
 
semut nie bukan ke ada kat luar malaysia je.....

kat malaysia pun ade bro, semut ni bnyk kt tempat bendang banyak. masa aku study perlis semut ni tsangat bnyk, tp bermusim.. dlm rumah penuh smut ni. paling bnyk dlm bilik air. jaga2 jgn tersentuh je. tsentuh baru dia kuarkan racun..
 
Back
Top
Log in Register