BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Semua sepupu beranak-pinak, saya bila lagi – Aprena Manrose

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40
APRENA-Manrose-NELYDIA.jpg

GEMBIRA melihat kebahagiaan Nelydia yang akhirnya hamil anak sulung, pelakon Aprena Manrose tiba-tiba didatangi rasa sayu mengenangkan nasib dirinya yang belum berpeluang memiliki zuriat.

"Semua sepupu beranak-pinak, saya bila lagi – Aprena Manrose" PETALING JAYA – Di sebalik kegembiraan menyambut perkhabaran kehamilan sepupunya, Datin Nelydia Senrose, pelakon Aprena Manrose tidak dapat menyembunyikan rasa sayu mengenangkan perjalanan mereka selama yang pernah bersama-sama melalui fasa usaha memiliki zuriat (TTC).

Aprena atau nama penuhnya, Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 33, menzahirkan isi hatinya yang kini berdepan sedikit kesunyian selepas rakan seperjuangannya dalam misi TTC itu kini bakal bergelar ibu tidak lama lagi.

“Nak meluah sekejap. Dahulu saya dan Nely (Nelydia) sama-sama TTC, kita kuatkan sama-sama kita.

“Sekarang tinggallah saya seorang saja yang belum ada rezeki anak,” katanya dalam Threads.

Malah, pelakon drama Tiada Arah Jodoh Kita itu timbul persoalan mengenai giliran dirinya apabila melihat ahli keluarganya sudah memiliki zuriat masing-masing.

“Semua sepupu dah beranak-pinak. Saya bila lagi ya Allah?,” soalnya.

Sebelum ini, Nelydia mengumumkan hamil anak pertama selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga dengan Mohd. Hafez Halimi Abdul Hamid.

Aprena pula mengesahkan perceraiannya dengan bekas suami, Mohd. Afiq Hazman pada Jun tahun lalu.

Aprena dan Afiq mendirikan rumah tangga pada 12 November 2016 namun tidak dikurniakan cahaya mata sepanjang tempoh perkongsian hidup mereka. – KOSMO! ONLINE
==============================
Aduhai Aprena, kadang2 jodoh ni malas2 je nak datang. Chill lah dulu, hidup ni bukan race siapa cepat dapat zuriat kan? 😘 Nampak latest IG post happy je, cuma teruskan move on sis!

 
Back
Top
Log in Register