BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Semua Pihak Perlu Main Peranan Angkat Martabat Sektor Pelancongan - PM Anwar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata semua pihak perlu memainkan peranan untuk berikhtiar mengangkat martabat negara dalam sektor pelancongan.

Beliau berkata usaha memajukan pelancongan tidak boleh digalas oleh kerajaan sahaja, sebaliknya memerlukan penyertaan menyeluruh merangkumi sektor awam, swasta, badan pelancongan, syarikat serta masyarakat.

“Sebab itu kita harus pastikan semua aspek kegiatan kita, pelancongan yang merupakan satu daripada intinya, yang memerlukan penyertaan semua. Sikap kita, senyuman kita, kerja kita, kesediaan kita mengolah cara-cara tarikan baharu.

“Sektor kerajaan, sektor awam, sektor swasta, badan-badan pelancongan, syarikat, semua ini mengambil peranan melihat secara positif bagaimana boleh kita usahakan ikhtiar tambahan untuk mengangkat martabat negara kita,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata demikian ketika melancarkan Cerita Malaysia Kita sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) di Surf Beach, Sunway Lagoon, di sini hari ini.

Berita lanjut menyusul.

 
Mana2 tempat pun akan terasa cantik kalau persekitaran bersih bebas sampah dan bunyi motor/kereta.

Tapi selesaikan isu sampah dulu.

Kalau la semua tempat jadi macam Putrajaya kan best.

Bangla2 dia memang kerja keras. Bersih je semua tempat.
 
Back
Top
Log in Register