BTC USD 62,571.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SEMUA MLM scam / haram???????

Mengapa MLM boleh jadi skim cepat kaya?

Pengertian MLM mungkin ramai yang sudah mengetahui dan mungkin juga ramai yang masih samar. Biar saya jelaskan di sini. MLM ialah satu kaedah pemasaran. Ia bukanlah bisnes itu sendiri tapi satu cara memasarkan produk atau perkhidmatan. Selain MLM, produk dan perkhidmatan juga boleh dipasarkan melalui internet, pengiklanan di tv, radio, surat khabar dan sebagainya. Adapun MLM ialah pemasaran yang menggunakan rangkaian manusia.

Asasnya kaedah pemasaran ini diwujudkan adalah untuk melebar luaskan pemasaran sesuatu produk dan perkhidmatan. Selain pembinaan rangkaian yang luas, pemberian komisyen atau bonus kepada mereka yang menjual dan menaja pengedar lain menyebabkan kaedah pemasaran ini mendapat perhatian.

Jadi bilakah MLM boleh menjadi skim cepat kaya? Ada beberapa keadaan sebenarnya.

1. Apabila ia digunakan untuk memasarkan skim pelaburan atau 'money game'.
2. Apabila 'plan dapat duit cepat' lebih dipentingkan berbanding produk.
3. Apabila penajaan lebih dipentingkan berbanding penjualan produk.

Kalau ingin dibicarakan secara hukum pula, kita boleh merujuk tulisan ustaz Zaharuddin.net.

Sepatutnya MLM hanyalah dijadikan sebagai satu kaedah pengedaran produk yang berkesan. Produk merupakan perkara yang diniagakan dan bukannya plan pemasarannya. Plan pemasaran hanyalah cara-cara untuk kita mengira berapakah keuntungan yang diperolehi.

Ketaksuban usahawan MLM menjaja pelan pemasaran dan menjaja pelaburan telah menyebabkan MLM dipersalahkan. Ia juga telah menyebabkan orang ramai keliru dengan MLM sebenar dan sebaliknya.

Saya ingin menyerulah kepada usahawan MLM di sini supaya kita kembali kepada asas perniagaan MLM itu sendiri iaitu penjualan produk. Kalau ada orang berminat dengan bisnes barulah kita jelaskan cara memasarkan produk dan cara untung dikira. Jangan terlalu pentingkan 'cari orang' atau 'pelaburan' sehingga produk langsung tidak dibicarakan.


http://www.bicarajutawan.com/forum/t31555/

Saya sokong...jual insurance pon gune konsep MLM..jual product,...klau ada mber berminat nk buat boleh ajak...dpt le komisyen skit dr compny sbb berjaya meramaikan agent2 dia tuk pasarkan produk...:)cgrock
 
sistem piramid dlm MLM tu yang dia kata haram..sebsb ada unsur2 penindasan kat situ..tapi dah nama pun Multi Level Marketing..mmg tak lari ar dari sistem piramid tu..:))
 
memang sistem pyramid nih.....
 
kalau dah namanye scam mmg le haram,sape ajar benda2 scam ni halal
 
suah bertekak n cuba menegakkan benang yang basah...
masing2 nak mencari rezeki yg halal untuk keredhaan ALLAH...

nak dapatkan kepastian halal/haram muamalat kiter se hari2?
ader isu forex,MLM,ASB,pinjaman,emas,perbankan dll..
banyak isu yang dikupas n diterangakan dalam ni...

luangkan masa di http://www.zaharuddin.net
 
Last edited:
Perbincangan Pasal MLM ni masih kabur lg...belum ada kata putus lg samada Ia benar2 Halal or Haram...sbb Isu ini masih baru lagi..banyak perkara yang tak jelas...Jadi kepada semua Bisnes Man Muslim n Muslimah diluarsana boleh lah bersatu padu untuk mengahasilkan satu system yang benar2 mengikut syariah..gabungan antara Ahli Peniaga n Ulama sangat diperlukan supaya umat Islam x keliru tentang system yg ada sekarang...janganlah disebabkn nila setitik rosak susu sebelanga...:)
 
aku cabar yg ada kat sini...sila kemukakan mana dia MLM yg tk ambil 1 sen pun komisyen dr org bwh!!!aku tolak tepi STORMREADERS dulu...aku nk yg selain dr ni.mai bak sini...crita kat aku.

ade ke MLM xde bonus jualan downline??
klu ade, bukan MLM laa tu..
 
aku cabar yg ada kat sini...sila kemukakan mana dia MLM yg tk ambil 1 sen pun komisyen dr org bwh!!!aku tolak tepi STORMREADERS dulu...aku nk yg selain dr ni.mai bak sini...crita kat aku.

Kenapa perlu TOLAK TEPI stormreaders?

kalau dah sume MLM haram... so SUME haram ar!!

kira..ilmiah tu sume xbole pakai..?

haishhh!! ni kne skolah baLik ni.. :-?
 
Back
Top
Log in Register