Mengapa MLM boleh jadi skim cepat kaya?
Pengertian MLM mungkin ramai yang sudah mengetahui dan mungkin juga ramai yang masih samar. Biar saya jelaskan di sini. MLM ialah satu kaedah pemasaran. Ia bukanlah bisnes itu sendiri tapi satu cara memasarkan produk atau perkhidmatan. Selain MLM, produk dan perkhidmatan juga boleh dipasarkan melalui internet, pengiklanan di tv, radio, surat khabar dan sebagainya. Adapun MLM ialah pemasaran yang menggunakan rangkaian manusia.
Asasnya kaedah pemasaran ini diwujudkan adalah untuk melebar luaskan pemasaran sesuatu produk dan perkhidmatan. Selain pembinaan rangkaian yang luas, pemberian komisyen atau bonus kepada mereka yang menjual dan menaja pengedar lain menyebabkan kaedah pemasaran ini mendapat perhatian.
Jadi bilakah MLM boleh menjadi skim cepat kaya? Ada beberapa keadaan sebenarnya.
1. Apabila ia digunakan untuk memasarkan skim pelaburan atau 'money game'.
2. Apabila 'plan dapat duit cepat' lebih dipentingkan berbanding produk.
3. Apabila penajaan lebih dipentingkan berbanding penjualan produk.
Kalau ingin dibicarakan secara hukum pula, kita boleh merujuk tulisan ustaz Zaharuddin.net.
Sepatutnya MLM hanyalah dijadikan sebagai satu kaedah pengedaran produk yang berkesan. Produk merupakan perkara yang diniagakan dan bukannya plan pemasarannya. Plan pemasaran hanyalah cara-cara untuk kita mengira berapakah keuntungan yang diperolehi.
Ketaksuban usahawan MLM menjaja pelan pemasaran dan menjaja pelaburan telah menyebabkan MLM dipersalahkan. Ia juga telah menyebabkan orang ramai keliru dengan MLM sebenar dan sebaliknya.
Saya ingin menyerulah kepada usahawan MLM di sini supaya kita kembali kepada asas perniagaan MLM itu sendiri iaitu penjualan produk. Kalau ada orang berminat dengan bisnes barulah kita jelaskan cara memasarkan produk dan cara untung dikira. Jangan terlalu pentingkan 'cari orang' atau 'pelaburan' sehingga produk langsung tidak dibicarakan.
http://www.bicarajutawan.com/forum/t31555/
Saya sokong...jual insurance pon gune konsep MLM..jual product,...klau ada mber berminat nk buat boleh ajak...dpt le komisyen skit dr compny sbb berjaya meramaikan agent2 dia tuk pasarkan produk...
