BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Others Semua menu makanan RM2, minuman RM1

zackpenang

Banned
gem
Messages
7,236
Joined
Jan 9, 2010
Messages
7,236
Reaction score
1,891
Points
151
media-rujukan-massa.png



Nasional

Semua menu makanan RM2, minuman RM1​

Mohd Roji Kawi
Julai 3, 2025 @ 11:44am


KUCHING: Sebuah kedai makan di sini masih menawarkan semua jenis menu makanan pada harga serendah RM2 dan minuman RM1.
Harga rendah memang sebati dengan menu dijual di Warung Hasmida di Jalan Lumba Kuda, di sini sejak lebih 30 tahun lalu.

Menurut anak pemilik kedai, Mohd Firdaus Buang, 36, harga murah itu atas kesedaran mahu membantu masyarakat berpendapatan rendah mengurangkan kos sara hidup.
Beliau berkata, ketika mula beroperasi lebih 30 tahun lalu, kedai itu menjual mi Jawa pada harga 50 sen, manakala air sirap 20 sen.

Berikutan lokasi kedai mereka berdekatan pejabat Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), katanya, kebanyakan pelanggan ketika itu adalah pekerja pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan.

"Kedai kami memang jadi tumpuan pekerja MBKS bersarapan dan makan tengah hari kerana harga teramat rendah iaitu hanya 70 sen jika makan sepinggan mi Jawa dan minum sirap ketika itu," katanya.
Mohd Firdaus berkata, selang beberapa tahun, ada pelanggan mencadangkan agar harga makanan dinaikkan genap RM1 dan ibunya menerima cadangan itu, namun mengekalkan minuman pada harga 20 sen.
"Selang beberapa lama kemudian, ada lagi pelanggan dari kalangan kakitangan MBKS mencadangkan minuman dinaikkan kepada 50 sen supaya harga semua makanan dan minum genap RM1.50.

"Mereka kata harga barang ketika itu sudah semakin naik menyebabkan kos barang keperluan untuk kedai makan juga naik," katanya menambah hampir 20 tahun lalu ada lagi cadangan agar harga makanan dinaikkan RM2, namun minuman kekal 50 sen.




"Namun selepas itu ada pula yang mencadangkan harga minuman seelok-eloknya genap RM1 untuk menjadikan makanan dan minuman semuanya RM3. Pelanggan puas hati dengan juadah disediakan namun ada yang kasihan kerana harga kami tawarkan tidak sepadan dengan kos yang semakin tinggi.
"Namun kami kekalkan harga RM3 itu sehingga kini," katanya memaklumkan apabila harga makanan di kedai mereka tular di pelbagai platform media sosial, semakin ramai pelanggan yang singgah termasuk pelancong dari luar Sarawak.
"Baru-baru ini ada sekumpulan pelancong dari Semenanjung singgah dan mereka seolah-olah tidak percaya dengan harga kami tawarkan sehingga ada minta resit untuk dibawa balik dan ditunjukkan kepada kawan-kawan di sana.
"Kini ramai pengunjung dari negara jiran, terutama dari Kalimantan, Indonesia singgah di kedai kami selepas tahu harga murah yang kami tawarkan," katanya.
Warung Hasmida di Jalan Lumba Kuda, Kuching kekal harga murah RM2 untuk semua jenis menu makanan. - NSTP/Mohd Roji Kawi
Warung Hasmida di Jalan Lumba Kuda, Kuching kekal harga murah RM2 untuk semua jenis menu makanan. - NSTP/Mohd Roji Kawi
 
menu rahmah dari dasar kerajaan bang non..
ada la tu spe2 buat kebajikan..
Bang baca berita tu ke tak ni, dah 30 tahun diorang berniaga macam tu, masa tu menu bang Non pun tak wujud lagi...🤭
 
Back
Top
Log in Register