hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,546
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,546
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Kes tembak berhampiran restoran makanan segera di Banting, lelaki terbaring tidak sedarkan diri
SHAH ALAM: Pengunjung sebuah premis makanan segera serta premis berhampiran di kawasan Banting, Kuala Langat dekat sini dikejutkan dengan satu kejadian dipercayai kes tembak malam tadi.
Berdasarkan beberapa gambar dan rakaman video yang tular sejak malam tadi, kelihatan seorang lelaki tidak sedarkan diri dengan keadaan kecederaan di tepi dinding luar premis makanan segera itu.
Turut kelihatan kesan dipercayai darah pada dinding premis makanan segera itu berhampiran lelaki terbabit.
Dalam video tular itu, terdapat sekurang kurangnya dua kelongsong peluru ditemui di lantai premis yang dikaitkan dengan kejadian berkenaan di lokasi berhampiran.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi ketika dihubungi memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat.
Artikel : Berita Harian