BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Semua Kaunter JPJ Di Seluruh Negara Kini Sokong e-Dompet

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) telah melancarkan kaedah pembayaran tanpa tunai melalui e-dompet di semua kaunter JPJ di seluruh negara menggunakan aplikasi Touch ‘n Go, GrabPay, MAE atau Boost. Majlis peluncuran ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Aedy Fadly bin Ramli, Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia, di JPJ Galeria. JPJ turut memaklumkan, mereka telah berjaya mengutip RM5.6 billion melalui 46.5 juta transaksi tanpa tunai melalui kaunter dan aplikasi MyJPJ hingga 24 Ogos 2025, lalu. Daripada jumlah itu, sejumlah 245,626 transaksi dibuat melalui e-dompet dengan kutipan sebanyak RM19.6 juta.
 
Back
Top
Log in Register