BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JPJ EBid - Siri QCU & RBB Di Buka Bidaan

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
Kenderaan yang anda tempah bakal diperoleh tidak lama lagi, pasti anda teruja tercari-cari plat nombor pendaftaran yang sesuai kan. Ini ada dua pilihan siri yang baru diumumkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Seperti biasa, bidaan dilakukan menerusi platform dalam talian, JPJ eBid. Siri plat nombor terkini dari Sarawak, QCU, dibuka bidaan mulai hari ini, 5 Mei 2025. Diberikan tempoh bidaan selama lima hari dan ia akan berakhir jam 10 malam pada 9 Mei ini. Keputusannya akan dikeluarkan pada keesokan harinya, 10 Mei 2025. Keseluruhan proses adalah secara dalam talian, dan pembida akan menerima berita baik dan buruk juga menerusi e-mel.​

1746442959439.png

1746442967746.png

Manakala bagi siri nombor pendaftaran terkini dari Perlis pula, RBB, bidaannya pula bakal dibuka mulai 9 Mei dan akan berakhir jam 10 malam pada 13 Mei. Keputusannya akan dikeluarkan sehari selepas bidaan ditutup iaitu pada 14 Mei 2025. Jadi, jika anda mengingini mana-mana siri yang ditawarkan ini, anda boleh membidanya menerusi JPJ eBid tanpa perlu menggunakan khidmat pihak ketiga (termasuk runner), malah boleh menjimatkan kos serta masa.​

Sumber asal Paultan.ORG
 
Back
Top
Log in Register