BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemburu ‘ANU’ Sila Siap Sedia, JPJ Perak Buka Bidaan Nombor Plat Istimewa 19 Disember

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
03.12.2024 - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak akan membuka bidaan bagi nombor pendaftaran kenderaan bagi siri ‘ANU’. Nombor plat istimewa itu dibuka untuk bidaan selama lima hari bermula 19 Disember dan akan ditutup pada pukul 10 malam, 23 Disember. Keputusan bidaan nombor plat berkenaan akan diketahui pada 24 Disember nanti. Proses pendaftaran dan bidaan akan dilakukan secara dalam talian menggunakan platform JPJeBid. Bidaan nombor plat berkenaan mendapat perhatian warga maya kerana perkataan anu adalah kata ganti nama yang digunakan ketika merujuk kepada seseorang selain​

1733224917124.png

Namun dalam percakapan harian, istilah anu juga merujuk kepada kemaluan. Sebelum ini, nombor pendaftaran kenderaan 'AKU' menjadi nombor pendaftaran paling popular di negeri berkenaan. Nilai bidaan plat kenderaan siri AKU dikeluarkan JPJ Perak sebanyak RM3.5 juta antara tertinggi bagi siri plat kenderaan di negeri itu. Bidaan paling tinggi adalah AKU 1 dengan nilai RM207,898 diikuti dengan AKU 8055 dan AKU 805 masing-masing dengan nilai bidaan tertinggi RM74,000 dan RM28,000.

Berita asal https://www.mstar.com.my/lokal/sema...-buka-bidaan-nombor-plat-istimewa-19-disember
 
kompom ramai bid
ANU8350

tengok la nanti./....
 
haha jd bahan je la nti no plate mcm ni
 
JPJ Perak Raih RM2.37 Juta, Nombor Plat ‘ANU 1’ Dibida RM269,000

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak meraih RM2.37 juta selepas 1,768 pembida menyertai bidaan siri nombor plat ‘ANU’ dari 19 Disember hingga 23 Disember tahun lalu. Pengarah JPJ Perak, Mohammad Yusoff Abustan, berkata daripada 1,768 pembida itu, sebanyak 3,794 nombor sudah terjual, petik Berita Harian.

“Namun sebagai perbandingan untuk negeri Perak, jumlah nilai bidaan siri ANU ini tidak dapat menandingi siri plat AMG yang masih mendahului untuk negeri Perak, memandangkan banyak peminat Mercedes Benz membida AMG,” kata Mohammad Yusoff.

Baki nombor pendaftaran yang tidak dibida akan dibuka kepada orang awam mengikut harga minimum ditetapkan. Tambah beliau lagi, nombor plat ‘AMG’ masih berada di kedudukan pertama jualan plat JPJ Perak. Jualan keseluruhan lebih daripada RM6 juta dan ke atas dan masih memegang rekod tertinggi nombor popular dibida.​
 
Back
Top
Log in Register