hurmmm, tak kira la mung otai ke orang pandai ke,, tetap ada kebarangkalian mc, bagi aku forex ni xubah macam judi nasib
forex bukan judi nasib. forex sama macam business kedai runcit.
Pak Abu bukak kedai runcit dengan modal RM10K == Pak Ali depo RM10K kat broker forex
Pak Abu beli stok barangan dengan harga RM1K dan menjangka semua barangannya akan terjual untuk dapat untung bersih RM500 == Pak Ali buka position dalam EURUSD dengan sejumlah lot dengan stoploss RM1K, dia menjangka price akan naik dan letak takeprofit RM500.
Pak Abu terpaksa membayar sewa tapak kedai untuk jual barangannya, bil elektrik, lebihan harga bila beli stok barangan dari orang tengah berbanding direct dari kilang == Pak Ali kena bayar spread/ commission dan swap kalau hold position lama
KEPUTUSANNYA:
Pak Abu gagal menjual semua stok barangan yg dibelinya dan semua stok barangan expired/rosak, dia rugi RM1K == Price EURUSD turun dan hit stoploss Pak Ali RM1K.
atau
Pak Abu berjaya menjual semua stok barangan yg dibelinya dan dia dapat untung bersih RM500 == Price EURUSD naik dan hit takeprofit Pak Ali. Pak Ali untung RM500.
atau
Pak Abu terpaksa tunggu selama sebulan untuk menghabiskan semua stok barangannya == Pak Ali terpaksa hold position sebulan sebelum price EURUSD hit takeprofit nya
atau
Pak Abu hanya dapat menjual separuh dari stok barangannya dan dapat untung bersih RM250, barang selebihnya expired/rosak == Price EURUSD naik dan Pak Ali tengah profit RM250 dan Pak Ali membuat keputusan menutup posisinya.
atau
Semua barang Pak Abu tak terjual. Separuh dari stok barangan Pak Abu telah expired/rosak. Pak Abu membuat keputusan memulangkan kembali lebihan stok barangannya kepada stokis dan stokis membayar kepada Pak Abu harga asal barang tersebut iaitu RM500 == Price EURUSD turun separuh dari nilai stoploss Pak Ali dan Pak Ali membuat keputusan untuk tutup posisinya.
Agak-agak okay tak perumpamaan ni? :-? :-? :-?