BTC USD 60,726.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

sembang2 tanam gaharu

Huh, dah lama tak masuk, sampai ada thread tanam karas.
Ni baru betul, cari tanah, cari benih, tanam sendiri.

Bukan beli plot tanah yang dah ditanam.

Mula sekali, nak beritahu sikit kat TT.

Paip pvc tahan panas kalau tak ada air kat dalam.
Maknanya, kalau buat pancang, tak tahan bertahun tahun, sebab apabila kena hujan dan panas untuk tempoh yang lama, pvc akan 'brittle', rapuh, mudah pecah/ patah.

Kalau modal lebib dan nak jangka panjang , serta yakin tak ada orang curi, pakai besi ( steel reinforcement) saiz R10 atau Y10-Y12.
Memang mahal, jatuh RM3 untuk 5 kaki, tapi tahan la untuk 5 tahun, kalau tak ada orang curi.

Kalau rajin sikit, cari kayu reja/ kayu chapchai( Cina panggil).
Kayu ni kadang tak terawat. Jadi mudah kena serang anai anai.
Serta paling lama tahan 2 tahun je. Kadang 6 bulan dah patah
Bentuk pun tak seragam. Tapi cari yang besar/kasar sikit, lambat sikit nak reput.
 
Saya dah tanam dalam 6-7 tahun.
Kebanyakkan A. subintegra.
Ada sikit crassna dan lagi sikit malaccensis.

Suka saya nasihatkan kat sini, kalau boleh, tanam A. malaccensis.

Kelebihan malaccensis

Lebih berharga
Specie asal semenanjung Malaysia
Banyak yang saya tahu, inokulasi banyak yang berjaya pada specie malaccensis.

Kekurangan malaccensis

Lambat besar
Lambat matang

Pada umur 3 tahun, subintegra saya dah tinggi 12-15 kaki, malaccensis saya baru tinggi 6 kaki.

Kalau sabar, tanam malaccensis.
Benih boleh dapatkan dari Jabatan Hutan Negeri Terengganu.
Murah je.
Atau boleh cuba hubungi Ladang Karas Jabatan Hutan Negeri Terengganu, di Marang.

Untuk makluman, sepatutnya untuk teh gaharu(karas sebenarnya) guna daun dari specie A. chinensis.
Tak tahu lagi ada teknologi baru ke apa.
Tapi A chinensis ni tak hasilkan gaharu kalau tak silap saya.

Kalau ikut statistik Jabatan Hutan, hanya 4% peratus pokok liar dalam hutan yang matang, mempunyai gaharu.

Untuk maklumat atau data mentah(raw data) boleh cari di FRIM di Kepong.
Boleh beli journal research pasal karas dan gaharu.
Tapi kebanyakkan data dari researcher, jadi kadang tak relevan dengan industri.
Tapi ada baiknya tahu, sebab dalam industri banyak penipu.

Kita ambil maklumat dan data dari kedua belah pihak.
Lepas tu kita tentukan mana yang betul dan kita nak ikut.

Setahu saya FRIM hanya buat kajian specie tempatan seperti Malaccensis dan Agolacha
 
nk tnm pkk elok bkn ms pns kering. klu ms kdg2 hujan sbb baru sng pkk nk hidup. klu tnm musim pns kena rajin g siram
 
sesiapa bleh supply daun gaharu setiap bulan utk 4-5 tahun.. sila PM aku.. hehe.. nk dlm kuantiti yg banyak..
 
berapa kilo sebulan? sebulan berapa kali amek? berapa sekilo? daun ke pucuk :D

n datang amek petik sendiri ke owner kena petikkan ? :D
 
Huh, dah lama tak masuk, sampai ada thread tanam karas.
Ni baru betul, cari tanah, cari benih, tanam sendiri.

Bukan beli plot tanah yang dah ditanam.

Mula sekali, nak beritahu sikit kat TT.

Paip pvc tahan panas kalau tak ada air kat dalam.
Maknanya, kalau buat pancang, tak tahan bertahun tahun, sebab apabila kena hujan dan panas untuk tempoh yang lama, pvc akan 'brittle', rapuh, mudah pecah/ patah.

Kalau modal lebib dan nak jangka panjang , serta yakin tak ada orang curi, pakai besi ( steel reinforcement) saiz R10 atau Y10-Y12.
Memang mahal, jatuh RM3 untuk 5 kaki, tapi tahan la untuk 5 tahun, kalau tak ada orang curi.

Kalau rajin sikit, cari kayu reja/ kayu chapchai( Cina panggil).
Kayu ni kadang tak terawat. Jadi mudah kena serang anai anai.
Serta paling lama tahan 2 tahun je. Kadang 6 bulan dah patah
Bentuk pun tak seragam. Tapi cari yang besar/kasar sikit, lambat sikit nak reput.

ye pvc takkan tahan bertahun2 berjemur, tapi takat 2-3 tahun pun jadik la, sebab rasanya kalau dah umur 2-3 tahun, x perlu pvc dah (lom sampai lagi, lom tau hehe). setakat ni dah setahun masih ok. saya pakai pvc tebal.

nak pakai besi, sini 99% peluang kena curik #:-S

pakai kayu risiko patah, ada test gak, 3 bulan je patah, siap dia tarik pokok ke tanah #:-S
 
Saya dah tanam dalam 6-7 tahun.
Kebanyakkan A. subintegra.
Ada sikit crassna dan lagi sikit malaccensis.

Suka saya nasihatkan kat sini, kalau boleh, tanam A. malaccensis.

Kelebihan malaccensis

Lebih berharga
Specie asal semenanjung Malaysia
Banyak yang saya tahu, inokulasi banyak yang berjaya pada specie malaccensis.

Kekurangan malaccensis

Lambat besar
Lambat matang

Pada umur 3 tahun, subintegra saya dah tinggi 12-15 kaki, malaccensis saya baru tinggi 6 kaki.

Kalau sabar, tanam malaccensis.
Benih boleh dapatkan dari Jabatan Hutan Negeri Terengganu.
Murah je.
Atau boleh cuba hubungi Ladang Karas Jabatan Hutan Negeri Terengganu, di Marang.

Untuk makluman, sepatutnya untuk teh gaharu(karas sebenarnya) guna daun dari specie A. chinensis.
Tak tahu lagi ada teknologi baru ke apa.
Tapi A chinensis ni tak hasilkan gaharu kalau tak silap saya.

Kalau ikut statistik Jabatan Hutan, hanya 4% peratus pokok liar dalam hutan yang matang, mempunyai gaharu.

Untuk maklumat atau data mentah(raw data) boleh cari di FRIM di Kepong.
Boleh beli journal research pasal karas dan gaharu.
Tapi kebanyakkan data dari researcher, jadi kadang tak relevan dengan industri.
Tapi ada baiknya tahu, sebab dalam industri banyak penipu.

Kita ambil maklumat dan data dari kedua belah pihak.
Lepas tu kita tentukan mana yang betul dan kita nak ikut.

Setahu saya FRIM hanya buat kajian specie tempatan seperti Malaccensis dan Agolacha

tq atas info yg berguna.

sekarang ni ada komunikasi dgn Gaharu Lestari utk perancangan akan datang (kalau ada rezeki la). dan ada intro dia utk proses injection tu utk 1000 pokok sedara, nak tengok juga hasilnya nanti.

ye dengar citer spesis yg Mesia punya lambat sket n harga tinggi sket. saje test sub integra sambil2 tunggu, dah setahun gak umur pokok. Alhamdulillah pokok dah stabil kot, musim kering dekat 2 bulan x ujan haritu pokok survive walaupun siram 2 minggu sekali.
 
nk tnm pkk elok bkn ms pns kering. klu ms kdg2 hujan sbb baru sng pkk nk hidup. klu tnm musim pns kena rajin g siram

ye betul, saya start tanam musim nak masuk musim hujan, x la lepak sgt kena siram selalu, maklum la part time je, sambil2 gunakan masa yg ada. nak tunggu bole fulltime, rugi gak masa berjalan gitu2 je :">
 
Jinak-Jinak Merpati

Syarikat saya mula nak berjinak-jinak dalam penanaman pokok gaharu ni. Jika ada rezeki, berminat pula untuk jadi pemain penting dalam industri hiliran produk gaharu pada masa akan datang.
 
Back
Top
Log in Register