BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Semakan Pengambilan Pelatih PLKN 3.0 Siri 3/2025 Dibuka Esok

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
bab8afffcdcb04085de9193af2f660a168207b47713e6


Semakan pengambilan pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 bagi Siri 3 Tahun 2025 dibuka bermula pukul 10 pagi esok.

Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan semakan boleh dibuat menerusi laman sesawang atau pautan sistem PLKN 3.0 https://plkn.mod.gov.my/pelatih/semakan/form.

Bagi memastikan kelancaran proses pendaftaran dan pentadbiran, para pelatih yang terpilih perlu memberi maklum balas kehadiran melalui pautan itu sehingga 11 Julai ini.

“Sebarang maklumat lanjut berhubung perkara ini, sila hubungi Unit Pelatih, Sektor Latihan, JLKN di talian 03-4013 (Sambungan: 3612/3613/3614/3604/3603/3626) atau layari laman sesawang https://jlkn.mod.gov.my,” menurut kenyataan itu.

PLKN 3.0 bagi Siri 3 Tahun 2025 akan diadakan bermula 7 Sept hingga 21 Okt ini, melibatkan dua kem Askara Wataniah (AW) iaitu Regiment 515 (AW) di sini dan Regiment 505 (AW) di Pekan, Pahang.

Sebelum ini, sebanyak 550 pelatih terdiri daripada 350 pelatih lelaki dan 200 pelatih wanita menyertai PLKN 3.0 Siri 2/2025, yang dijadualkan tamat pada 24 Jun ini.

 
Back
Top
Log in Register