BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Semakan pelan sifar sisa SG perlu tertumpu pada usaha ubah tabiat kitar semula penduduk, denda sebagai ikhtiar terakhir: Pakar

adi19

Fun Poster
Messages
766
Joined
Oct 30, 2013
Messages
766
Reaction score
3
Points
25

Semakan pelan sifar sisa SG perlu tertumpu pada usaha ubah tabiat kitar semula penduduk, denda sebagai ikhtiar terakhir: Pakar​

screenshot_2026-06-19_073740.jpg

Gambar fail seorang lelaki sedang membuang sampah. (Gambar: TODAY/Leonard Leong)

SINGAPURA: Dengan Singapura merancang untuk menyegarkan Pelan Induk Sifar Sisa di tengah-tengah kadar pengitaran semula yang menurun, perlu ada tumpuan yang diperbaharui untuk meningkatkan infrastruktur sisa dan membimbing tabiat pengguna, kata ahli akademi persekitaran dan sebuah kumpulan yang memperjuangkan isu berkenaan.

Walaupun tahap kesedaran rakyat Singapura terhadap pengitaran semula bertambah baik sejak beberapa tahun lalu, ia tidak membawa kepada hasil kitar semula yang lebih baik, menurut mereka.

IKLAN

Inilah sebab mengapa lebih banyak harus dilakukan untuk menukar kesedaran itu kepada tindakan, tetapi tanpa perlu bergantung pada denda dan hukuman untuk membimbing tingkah laku itu.

Sebagai contoh, menggalakkan orang ramai untuk mengasingkan bahan-bahan kitar semula di peringkat isi rumah dengan menyediakan tong sampah yang diasing-asingkan dapat memperbaiki hasil pengitaran semula.

Tetapi mengenakan hukuman kerana tidak berbuat demikian, seperti yang dilaksanakan di sesetengah negara, seharusnya dipertimbangkan hanya selepas segala usaha dilaksanakan.

Bercakap kepada Mediacorp, para pakar memberi beberapa saranan yang dapat mendorong orang ramai mengamalkan kitar semula setelah pemerintah mengumumkan semakan terhadap Pelan Induk Sifar Sisa 2019 pada Rabu (17 Jun).

Pada masa ini, pelan induk itu menetapkan sasaran menaikkan kadar kitar semula secara keseluruhan kepada 70 peratus, kadar kitar semula domestik kepada 30 peratus dan kadar kitar semula bukan domestik kepada 80 peratus menjelang 2030.

IKLAN

Namun, kadar kitar semula secara keseluruhan merosot daripada 59 peratus pada 2019 kepada 52 peratus pada 2025.

Kadar kitar semula domestik dan bukan domestik juga masing-masing merosot daripada 17 peratus kepada 11 peratus dan 73 peratus kepada 67 peratus dalam tempoh yang sama.

Menteri Negara Kanan bagi Kemampanan dan Sekitaran Dr Janil Puthucheary pada Rabu (17 Jun) menarik perhatian kepada peralihan "ketara" dalam ekonomi global bagi pengitaran semula sebagai faktor di sebalik kemerosotan kadar kitar semula secara keseluruhan.

Semakan itu akan berlaku dalam masa beberapa bulan akan datang dan selesai pada 2027.

Walaupun para pakar menarik perhatian terhadap peralihan global dalam pasaran kitar semula sebagai sebahagian daripada masalah yang dihadapi, faktor-faktor domestik kekal sebagai cabaran ketara terhadap matlamat pengitaran semula Singapura.

 
Back
Top
Log in Register