BTC USD 63,928.5 Gold USD 4,469.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Semak semula kewangan Islam

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
SISTEM kewangan Islam di negara ini perlu disemak semula bukan sahaja dari sudut kontrak tetapi lebih menyeluruh ke arah Maqasid syariah yang lebih besar.

Pengarah Progam Persidangan Antarabangsa Kelima Pada Perundangan Islamik Dalam Abad Ke-21 (ICJ2014), Prof Madya Dr Ahmad Basri Ibrahim berkata,objektif syariah bukan sahaja untuk menjaga bank tetapi dalam masa sama menjaga hak masyarakat.

“Hak masyarakat bermakna, ia perlu dilihat dari sudut keperluan seperti keadilan kepada pengguna.

“Sama ada kita mampu mengurangkan kemiskinan atau membantu masyarakat memerlukan mendapatkanpembiayaan," katanya selepas pelancaran persidangan itu di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), di Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, apa yang dapat dilihat hari ini bank Islam mempunyai mekanisme yang sama dengan bank komersil yang mempunyai syarat.

Ahmad Basri berkata, sistem kewangan Islam di negara ini masih tidak cukup sempurna untuk melaksanakan sistem kewangan Islamik sepenuhnya.

Menurutnya, tujuan seminar adalah memberikan penambahbaikan. industri kewangan Islam.

Katanya, hari ini sistem kewangan Islam hanya mementingkan akad sama ada boleh atau harus bagi mengelakkan riba.

“Kita perlu pergi jauh daripada itu dan perlu dilakukansecara berterusan dan berperingkat ,” katanya.

Seminar berlangsung semalam sehingga 25 September itu akan membincangkan mengenai sistem kewangan Islamik daripada pakar ekonomi,perbankan dan wakil daripada Bank Negara.
 
ye ler.. contoh haritu gi maybank.. kalau apply kredit card.. yg konversional charge interest 8%.. tp kalau islamic 15%.. mana yg islamik nye kalau interest tggi?Bank2 guna islamik sekadar tarikan...
 
Back
Top
Log in Register