combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Azman Adam bercakap kepada Bernama ketika ditemubual di pejabatnya baru-baru ini.
KPDN memperketat penguatkuasaan di seluruh negara bagi memastikan subsidi petrol RON95 di bawah inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) tidak diseleweng oleh mana-mana pihak.
Harga subsidi petrol RON95 di bawah inisiatif BUDI95 akan dikekalkan pada paras RM1.99 seliter walaupun harga pasaran jauh lebih tinggi susulan konflik di Asia Barat.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menahan 10 individu serta merampas pelbagai barangan termasuk petrol yang dianggarkan bernilai lebih RM4.9 juta menerusi Ops Tiris di Pelabuhan Johor pada Rabu lepas.
Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN Datuk Azman Adam berkata hasil maklumat risikan, pegawai Bahagian Penguat Kuasa, Putrajaya bersama KPDN Johor menahan sebuah lori tangki yang sedang memindahkan barang kawalan ke sebuah kapal tangki yang sedang berlabuh.
Beliau berkata hasil pemeriksaan awal mendapati beberapa tangki di dalam kapal berkenaan mengandungi cecair petroleum yang disyaki minyak petrol.
“Pemeriksaan lanjut mendapati petrol itu disimpan di dalam empat tangki utama kapal dengan anggaran kuantiti keseluruhan sebanyak 929,124 liter yang dianggarkan bernilai RM2.6 juta.
“Dalam operasi itu, sebanyak sembilan warga asing dan seorang warga tempatan ditahan bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata KPDN telah bertindak menyita kapal tangki, lori tangki, minyak petrol yang disyaki serta beberapa barangan lain yang dipercayai digunakan dalam aktiviti pemindahan petroleum termasuk hos getah, dokumen penghantaran dan dokumen kapal minyak bagi tujuan siasatan lanjut.
Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM4,902,952.13 dan kes disiasat di bawah Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122].
Seleweng Petrol: 10 Individu Ditahan, Pelbagai Barangan Lebih RM4.9 Juta Dirampas
KPDN, Johor, rampas, petrol, seleweng