BTC USD 86,230.3 Gold USD 4,321.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Selepas PUBG Mobile, Kini Free Fire Pula Diharamkan Di India

soybean

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,243
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
63,243
Reaction score
4,135
Points
661
Free-Fire-Banned.jpeg



Bermula tahun 2020, Kerajaan India sudah mula mengharamkan sejumlah aplikasi yang berasal dari China, termasuk PUBG Mobile. Tujuannya adalah disebabkan ia dikatakan mengancam keselamatan dan keamanan negara.

Terbaru, Kementerian Teknologi Maklumat dan Elektronik India melakukan "serangan" sekali lagi tahun ini dengan mengharamkan 54 aplikasi dari China. Mengejutkan, permainan popular Garena Free Fire turut menerima nasib yang sama.

Free Fire bukanlah sebuah permainan yang berasal dari China. Sebaliknya dari Singapura. Pun begitu, mungkin disebabkan Garena berada di bawah payung SEA dan syarikat ini ada pegangan pasaran saham dengan Tencent.

Melaluinya juga, India kini telah mengharamkan lebih 200 aplikasi dari China. Ini termasuk juga aplikasi popular TikTok, WeChat dan banyak lagi.

Bagaimanapun, punca sebenar Free Fire diharamkan masih lagi menjadi persoalan. Malah, jurucakap Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Teknologi Maklumat dan Elektronik India turut tidak mahu memberi sebarang komen terhadap perkara ini.
 
Back
Top
Log in Register