BTC USD 66,664.6 Gold USD 2,333.01
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dipercayai Pengaruh PUBG, Seorang Kanak-Kanak Menembak Mati 4 Ahli Keluarganya

soybean

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,223
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
63,223
Reaction score
4,133
Points
661
Awards
1
PUBG.jpg


Seorang kanak-kanak berusia 14 tahun dilaporkan telah menembak mati 4 ahli keluarganya pada bulan Januari lalu.

Kejadian yang dilaporkan berlaku di Pakistan itu menyebabkan bapa kanak-kanak tersebut berusia 45 tahun maut ditembak. 3 lagi mangsa adalah abang kanak-kanak itu berusia 22 tahun dan 2 lagi kakaknya masing-masing berusia 17 dan 11 tahun.

Polis Pakistan yang insiden itu percaya bahawa kanak-kanak itu terpengaruh dengan permainan atas talian popular PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG).

Insiden itu dilaporkan berlaku selepas bapa kanak-kanak itu memarahinya kerana menghabiskan masa terlalu lama bermain permainan tersebut.

Akibat berang dengan teguran itu, kanak-kanak itu telah mengambil pistol dari milik ibunya lalu menembak 4 ahli keluarganya itu.

Walaubagaimanapun, seorang lagi ahli keluarga kanak-kanak itu dilaporkan tidak ditembak dan terselamat dalam insiden tersebut.

Ekoran kejadian itu, pihak polis Pakistan dilaporkan akan bertindak mengharamkan permainan PUBG di negara tersebut.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register