BTC USD 86,003.0 Gold USD 4,333.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Selangor Umum Pasukan Petugas Khas Tangani Cabaran Semasa Selewatnya Isnin - MB

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,808
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,808
Reaction score
98
Points
80
5c7bdfda33809d3ec41db49a3748aa3d69cf616b39f0e

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari melakukan gimik peluncuran pada Majlis Jelajah Taat Setia MADANI Peringkat Negeri Selangor di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7 hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.


Kerajaan Negeri Selangor akan mengumumkan penubuhan pasukan petugas khas selewat-lewatnya Isnin ini bagi menangani cabaran semasa dan kesannya terhadap kehidupan rakyat susulan krisis tenaga global.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata mesyuarat bagi memuktamadkan penubuhan pasukan itu akan diadakan hari ini dengan mengambil kira keanggotaan daripada pakar pelbagai bidang termasuk ekonomi, kewangan serta industri seperti minyak dan gas.

Beliau berkata cadangan program dan aktiviti pula akan dikemukakan jabatan serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC), sebelum diteliti dari segi pelaksanaan oleh pasukan tersebut.

“Pasukan petugas khas ini dijangka memberi tumpuan kepada aspek kelangsungan hidup rakyat serta kelestarian ekonomi negeri terutama dalam menghadapi potensi risiko berkaitan bekalan makanan dan tenaga.

“Pendekatan yang diambil juga akan diselaraskan dengan langkah Kerajaan Persekutuan termasuk dasar seperti bekerja dari rumah bagi memastikan keseragaman pelaksanaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Jelajah Taat Setia MADANI Peringkat Negeri Selangor di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Ditanya mengenai amanat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri dalam mesyuarat khas semalam, Amirudin berkata ia merangkumi jaminan bekalan asas serta risiko yang mungkin dihadapi negara selain menekankan kepentingan kerjasama antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

Dalam pada itu, Amirudin berkata persidangan Dewan Undangan Negeri yang dijadualkan bulan ini akan berlangsung seperti biasa kerana setakat ini tiada keperluan untuk langkah luar biasa seperti darurat manakala aktiviti pentadbiran serta program kerajaan negeri juga akan berjalan seperti biasa.

“Yang penting sekarang adalah memberi penjelasan kepada rakyat tentang langkah-langkah yang telah dan akan diambil,” katanya.

 

Nak Serah Memorandum Ke MB Selangor, MB Tak Turun!​

Satu penyerahan memorandum tuntutan telah dibuat di Bangunan SUK Selangor pagi tadi. atau lebih tepat, di luar pagar bangunan SUK Selangor.

 
Back
Top
Log in Register