BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Selangor Bebas Plastik 2017

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
30/12/2016 - Selangor, Bayaran 20 sen akan dikenakan terhadap penggunaan beg plastik bermula 1 Januari 2017 selaras dengan kempen ‘Hari Tanpa Beg Plastik’ di negeri ini. Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong berkata, pada masa sama, kerajaan negeri turut mengharamkan penggunaan beg plastik.

Sebelum ini, ‘Hari Tanpa Beg Plastik’ hanya terhad pada Sabtu bagaimanapun ia akan diperluaskan kepada tujuh hari. Kerajaan negeri juga meletak sasaran Selangor bebas polistirena sepanjang 2017, katanya selepas melancarkan Kempen Selangor Bebas Plastik di Ruang Legar SUK, di sini semalam.

Beliau yang juga Adun Bukit Lanjan berkata, bermula 1 Januari tahun hadapan juga, peniaga di negeri ini tidak akan lagi membekalkan bekas makanan polistirena termasuk pemberian beg plastik secara percuma kepada pelanggan. Undang-undang pihak berkuasa tempatan (PBT) berkaitan hal ini telah dikaji bagi menyokong dasar ini, jadi peniaga harus bersetuju untuk mengamalkan bebas plastik dan polistirena apabila memperbaharui lesen perniagaan.

Pada masa sama juga, peniaga akan dibekalkan dengan bahan visual bagi membangkitkan kesedaran orang awam terhadap kempen #BebasPlastik, katanya.

Dalam pada itu, katanya, berdasarkan kaji selidik yang dibuat kerajaan negeri mendapati 71 peratus rakyat negeri ini merasakan kempen Bebas Beg Plastik pada Sabtu sahaja tidak memadai.

Kerajaan negeri turut melancarkan laman sesawang pendidikan www.bebasplastik.my, melaluinya orang ramai boleh berikrar menyokong bebas plastik dan menggalakkan peniaga, peruncit dan pembekal untuk mendaftar, katanya.

80e79e52d39b1d1e82708edd69030a35.jpg


3ceff3b4c4a77976b3811afbea6b53f1.jpg


Berita asal http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/selangor-kl/selangor-bebas-plastik-2017-1.601577
 
buat macam melaka la ni huhuhuhuh

melaka kena guna plastik yg lama2 reput tuh...
 
Dah tak bagi plastik bagi la beg kertas. Harga kertas lagi mahal. Jgn la halang pakai plastik..kurangkan je. Pastu kos kena kan pada rakyat. Puiihh
 
dh x bg plastik tu bg la paper beg sebagai ganti,mcm mn nk bawa brg dibeli,,saja je nk buat duit dgn jual beg plastik,klu betul nk bebas plastik jgn guna or jual terus beg plastik,
lupuskan semuanya,ni masih paksa org beli 20sen,pastinya org akan beli sebab nk bawa brg dibeli,jadi smpi bila2 la x bebas plastik
 
Last edited:
lepas ni biasakan dlm kete dalam raga moto ade beg kitar semula.
mula2 memang la susah lama2 biasa la..
nak mulakan langkah pertama jaga alam sekitar pun korang masih banyak bunyi..
kempen ni dah start lama kot..takkan masih xbiasakan diri

itu belum lagi diwajibkan asingkan bahan buangan dirumah kepada yg kitar semula, hapus buang dengan bahan buangan dapur yg bole dibuat baja kompos..

**yang berbaju kurung tu masih single lagi **off topik jap haha
 
bawakla beg kitar smula.tu pun nak kena ajar
 
bawakla beg kitar smula.tu pun nak kena ajar

bos tgk ramai x yg suka bawa beg kitar semula,
selagi blh beli org malaysia akan beli je beg plastik
cara nk betul bebas plastik jgn jual terus beg plastik,jual je beg kitar semula klu nk bawa brg,klu setakat kempen bebas plastik tapi masih sedia jual 20sen,mmg x ke mana la jwbnya
 
Beliau yang juga Adun Bukit Lanjan berkata, bermula 1 Januari tahun hadapan juga, peniaga di negeri ini tidak akan lagi membekalkan bekas makanan polistirena termasuk pemberian beg plastik secara percuma kepada pelanggan. Undang-undang pihak berkuasa tempatan (PBT) berkaitan hal ini telah dikaji bagi menyokong dasar ini, jadi peniaga harus bersetuju untuk mengamalkan bebas plastik dan polistirena apabila memperbaharui lesen perniagaan.

maaf sy kurang jelas. kalo tanpa bekas makan polistirena pasni tapau nasi goreng akan bubuh dlm kertas surat khabar?
sbb kertas coklat yg biasa guna bungkus nasi lemak tu pn ada plastik kat satu side :-?
 
Rakyat melaka dah lama terasa susahnya.. Kini rasakan la plk.. Bayangkan g pasar malam pun xderbeg plastik..
 
maaf sy kurang jelas. kalo tanpa bekas makan polistirena pasni tapau nasi goreng akan bubuh dlm kertas surat khabar?
sbb kertas coklat yg biasa guna bungkus nasi lemak tu pn ada plastik kat satu side :-?

polysterine & plastik lain ..

manakala lapisan plastik diatas kertas yang dibalut biasanya untuk nasi lemak masih boleh guna, ianya jenis lain (too technical term kalau nak explain) :D
 
Back
Top
Log in Register