BTC USD 63,043.1 Gold USD 4,448.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Selamba Angkat Bom Mortar

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
26.04.2018 - Kuching, Pemotong rumput dengan selamba mengangkat objek besi seberat satu kilogram tanpa menyedari ia adalah bom jenis mortar UXO lama ketika melakukan kerja memotong rumput di Lorong Petra 1, Kampung Sungai Bedil Besar, Petra Jaya, hari ini.

Mustaqim Azeni, 18, berkata dalam kejadian pada 9.45 pagi itu, beliau langsung tidak menyangka objek berkenaan adalah bom mortar lama kerana ia sudah dilitupi dengan rumput.

“Mungkin bom berkenaan sudah lama berada di kawasan itu kerana ia sudah dilitupi rumput.

“Terkejut dengan penemuan bom itu, saya terus membuat laporan kepada Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Katanya, penemuan bom berkenaan sesuatu di luar jangka kerana langsung tidak pernah disedari penduduk tempatan terutama kanak-kanak.

“Saya bergegas memaklumkan kepada rakan sekerja lain dan menghubungi polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ng Ah Lek mengesahkan bom mortar UXO digunakan untuk tujuan latihan dan tidak berbahaya.

Katanya, pihaknya menerima panggilan pada 10.25 pagi dan menggerakkan anggotanya dan pasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) bagi mengenalpasti objek terbabit.

Bom mortar UXO lama itu akan dimusnahkan di Lapang Sasar Batu Kawah, Kuching, hari ini.

“Pihak polis memberi jaminan tiada ancaman berunsur jenayah di kawasan berkenaan,” katanya.

Kawasan lokasi kejadian ditutup sementara daripada sebarang kenderaan sebagai mematuhi prosedur kawalan keselamatan sudah ditetapkan.

bom_cropped_1524757508.jpg


Berita asalhttps://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/04/334227/selamba-angkat-bom-mortar
 
Byk perkara lain juga turut memusnah'n kehidupan rakyat malaysia secara diam.
 
depan rumah orang je bom tu..
 
Back
Top
Log in Register