Terasa nak tulis sikit.
Kecik2 dulu ada baca cerita tupai - 'potong ekormu untuk menutup maluku'
Kisahnya sang tupai yang ni tersepit, sampai ekornya putus - dek malu sebab ekornya dah pendek - dia bersembunyi sehingga suatu ketika dia tak tahan dah, dia dapat satu akal dengan mengatakan siapa yang ekor panjang itu buruk, sepatutnya tupai memang kena ekor pendek, nampak cantik katanya .. dan dia cuba mempengaruhi para tupai yang lain..
===================
Kalau nak tinggal dunia forex, tinggallah - rezeki HANYA dari Allah.
Jika nak question SAMADA Forex ni Samar2 ke, Halal ke, Haram ke, buka thread lain, supaya MAKSUD nya jelas dan tidak menyinggung sesiapa yang beriqtikad bahawa Forex ini Halal.
Bukan apa, bukan saya tidak mendengar penjelasan Ustaz-ustaz tentang Forex, bukan saya tidak membuat kajian - dari kajian, kita sendiri yang decide, samada Forex ni pada kita Halal atau Haram. Dan kita akan di pertanggungjawabkan nanti di Hari Akhirat tentang keputusan kita.
Disebabkan ada Khilaf, dan di sebabkan kita kekurangan Pakar Tentang Sistem Kewangan (pada pendapat saya yang mengkaji) - maka terjadilah Forex ini memang samar2 - pada yang tak mengkaji dan pada yang tidak beriqtikad.
Oleh itu saya mencadangkan agar thread ini di tumpukan hanya pada topic asalnya sahaja, dengan maksud yang jelas, supaya tidak mengganggu sensitiviti pada yang lain yang beriqtikad (dan bertanggungjawab di hadapan Allah sendiri nanti) bahawa Forex ini Halal di trade.
Terima kasih kerana membaca.
(Jika di suatu ketika nanti, saya pula terjumpa sesuatu tentang Forex yang memang ternyata HARAM untuk di Trade, akan saya sampaikan walau satu ayat..InsyaAllah)