Hai Marlen --->>>
Maaf baru harini saya dapat on9 sebab semalam saya agak sibuk dengan keje yang menambun.Ok berbalik keada masalah awak, saya minta awak lepaskan segala perasaan awak tu dan terima kehadiran orang lain dalam hidup awak. Mana lah tahu kehadiran orang lain boleh mengubati kisah luka awak itu. Tak salahkan beri peluang orang lain mendekati diri awak. Marlen harus redha dengan ketentuan tuhan. Dia bukan jodoh Marlen dan tuhan ingin pertemukan marlen dengan orang yang lebih baik sebenarnya. Pk positif dalam setiap apa jua berlaku. Kerinduan pada exbf boleh hilang sekiranya mar redha dan selalu isi masa kekosongan mar dengan kawan2 yg setia menjadi kawan2 mar. Anggaplah apa jua yang berlaku makin mematangkan diri kita. Berdoalah pada tuhan moga dibukakan pintu hati untuk berinta sekali lagi. Jangan tutup pintu hati tu sebab ianya akan merugikan diri sendiri. Jodoh untuk mar tetap ada cuma pertemuan sahaja belum lagi. Insyaallah saya doakan yang baik2 untuk mar ya...amin!