Tahniah sebab awak dah menjalankan satu tanggungjawab yang amat mulia dengan menjaga orang tua awak cuma biarlah dengan hati yang ikhlas bukan kerana terpaksa ya.Pahala berlipat2 kali ganda tu awak.Ok, kalau boleh carilah satu pendapatan atau kerja yang tetap demi menjamin masa depan awak. Tanggungjawab sebagai anak tetap tanggungjawab juga tapi demi keselesaan dan masa depan diri sendiri kena pk kan juga. Jika ada adik beradik lain, bincanglah secara baik agar mereka juga memahami masalah awak. Ubahlah sedikit sikap keje ikut suka tu dan juga sifat boros. Duit cepat habis tu kerana kita sendiri tak boleh kawal duit tu keluar.Sebab tu carilah keje yang boleh menampung hidup awak secukupnya. Pasal nak belanja awek tu tak dapat, berterus teranglah dengan dia agar dia memahami apa yang sedang awak alami sekarang. Jika masih mencari2 awek kalau boleh carilah awek yang boleh menerima diri awak seadanya dan memahami situasi yang awak hadapi sekarang neh. Kita boleh mengubah nasib kita kalau kita terus berusaha tapi kita tetap tak boleh melawan TAKDIR TUHAN kerana apa yang DIA tetapkan untuk kita pasti ada baik dan buruknya...