BTC USD 63,361.3 Gold USD 4,459.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Selamat daripada derita

epbx

Super Active Member
Messages
7,015
Joined
Jun 9, 2008
Messages
7,015
Reaction score
6
Points
65
Selamat daripada derita

Oleh AZELI ALI
[email protected]

LARI DARIPADA SENGSARA... Nur Jumiah lega dapat bertemu semula dengan Saad dan Esah selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas semalam.

--------------------------------------------------------------------------------

BAYAN LEPAS – Selepas hampir dua tahun meninggalkan keluarga semata-mata kerana cintakan lelaki warga Indonesia, Nur Jumiah Saad akhirnya kembali ke pangkuan ibu bapanya semalam.

Wanita berusia 18 tahun itu sebelum ini lari mengikut teman lelakinya, Suranto Ngadio, atau Anton, 30-an, ke Medan pada 2007 sebelum bernikah di republik berkenaan.

Namun disebabkan kehidupan mereka tidak seindah yang dibayangkan, Nur Jumiah nekad memohon bantuan untuk pulang.

Kisahnya disiarkan buat pertama kali dalam Kosmo! pada 28 Januari lalu.

Dia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di sini pada pukul 6 petang semalam ditemani pasukan Sekretariat Pembelaan Masyarakat Pemuda UMNO yang diketuai Pengerusinya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Suasana pilu menyelubungi balai ketibaan LTAPP apabila Nur Jumiah menangis lalu meluru memeluk erat ibunya, Esah Shaari, 57, sambil diperhatikan bapa, Saad Ahmad, 61.

Dengan wajah cengkung dan memakai baju berwarna kelabu dan berseluar gelap, Nur Jumiah dilihat membisikkan sesuatu ke telinga ibunya sebelum kedua-dua beranak itu berjalan berpegangan tangan keluar dari LTAPP.

Ketika ditemui pemberita, Nur Jumiah mengakui tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk pulang kerana mengenangkan dia terlalu miskin untuk membeli makanan, apatah lagi tiket kapal terbang.

“Biarpun saya bahagia dengan suami dan anak, Disti, serta dijaga dengan baik di sana, hidup kami terlalu daif,’’ katanya.

Sepanjang ketiadaannya, Disti yang berusia setahun dijaga oleh keluarga mertua di Medan.
~X(
Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!.
 
haiyaaaaa....
banyak susah ler...
bila cinta sudah berkarat...
taik gigi rasa coklat...
dah tau mat indon pun dtg cr kerja kt malaysia...
sah2 ler dia pun susah kt kg...
 
time seronok boleh la. susah lari cari mak ayah. macam kisah kasim selamat dah. :mad:
 
haiya mcm2 hal la...
yg p ikut mat indon tu apsal..
akal pendek tol huhu
 
Back
Top
Log in Register