BTC USD 81,674.0 Gold USD 4,022.93
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Selamat berpuasa CG 1447 Hijrah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
29,770
Joined
Dec 18, 2007
Messages
29,770
Reaction score
352
Points
141

Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadan 17 Feb​

bba38296aada845e8a67b549e7b9e63d698dca6f4323f


Tarikh melihat anak bulan Ramadan untuk menetapkan permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia tahun ini adalah pada petang Selasa, 17 Feb bersamaan dengan 29 Syaaban 1447 Hijrah.

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh awal Ramadan adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Menurut kenyataan itu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan tarikh permulaan puasa pada malam berkenaan melalui radio dan televisyen.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengisytiharkan bahawa tarikh bagi melihat anak bulan Ramadan ialah pada petang Selasa, 17 Feb 2026 Masihi bersamaan 29 Syaaban 1447 Hijrah,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut jawatankuasa berkenaan telah diperkenankan melihat anak bulan Ramadan pada petang hari tersebut di 29 lokasi di seluruh negara antaranya di Baitul Hilal Bangunan Sultan Ismail, Pontian, Johor; dan Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara di Melaka.

Turut menjadi tempat cerapan anak bulan ialah Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson di Negeri Sembilan, serta Bukit Melawati, Kuala Selangor, Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam di Selangor.

Di Perak, lokasinya di Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru di Manjung, Pulau Pinang (Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh) serta Kedah (Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Pemandangan Indah, Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar).

Lokasi lain ialah di Bukit Besar, Kuala Terengganu, Bukit Geliga, Kemaman, Pulau Perhentian, Besut, Balai Cerap Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), Mukim Merang, Setiu di Terengganu, serta Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai dan Menara Bangunan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (SEDC), Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu di Kelantan.

Selain itu, Pusat Falak Miri, Teluk Bandung, Kuching dan Bintulu di Sarawak, Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan di Sabah dan di Pahang melibatkan Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Gunung Berincang, Cameron Highlands serta Menara Kuantan 188 juga menjadi lokasi melihat anak bulan.

 


Wah... London pun ada hiasan lampu sempena Ramadan! ✨😍

Datuk Bandar London, Sadiq Khan, baru-baru ini merasmikan penyalaan hiasan lampu tersebut di kawasan West End.

Inisiatif yang disifatkan sebagai “simbol identiti bandar” London itu merupakan yang pertama seumpamanya di UK dan kini memasuki tahun keempat.

Kredit➡️ BERITAmediacorp
 


Umat Islam Malaysia mula berpuasa Khamis ini

PETALING JAYA – Seluruh umat Islam di negara ini akan mula berpuasa pada Khamis, 19 Februari ini.


Terdahulu, proses cerapan anak bulan dilaksanakan di 29 lokasi strategik hari ini di seluruh negara termasuk di Baitul Hilal Bangunan Sultan Ismail, Pontian, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka serta Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Turut terlibat ialah beberapa lokasi di Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu, Kelantan, Pahang, Sarawak dan Sabah termasuk Menara Kuala Lumpur serta Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. – KOSMO! ONLINE

Artikel➡️ Kosmo
 
28d427e51fbda1d12ec7cc2fe8c637e169945da3ca8a6

Kredit: Jabatan Penerangan Malaysia

Umat Islam di seluruh negara akan mula berpuasa pada Khamis, 19 Feb, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Syed Danial berkata tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan menurut perintah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman itu disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini.

Pada 12 Feb lepas, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menerusi satu kenyataan menetapkan hari ini bersamaan dengan 29 Syaaban 1447 Hijrah untuk melihat anak bulan Ramadan bagi menentukan permulaan puasa buat umat Islam di Malaysia.

Proses melihat anak bulan Ramadan pada petang hari ini melibatkan 29 lokasi di seluruh negara antaranya di Baitul Hilal Bangunan Sultan Ismail, Pontian, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara di Melaka; Menara Kuala Lumpur dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Turut menjadi tempat cerapan anak bulan ialah Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson di Negeri Sembilan, serta Bukit Melawati, Kuala Selangor, Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam di Selangor.

 
373900-373900.jpg


JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 1447 H / 2026M BAGI SELURUH NEGERI SELANGOR
 
373904-373904.jpg


Anak bulan tidak kelihatan di Jepun, maka Jepun ikut tarikh puasa Malaysia iaitu pada hari khamis ni

Kredit➡️ GAGS Malaysia
 
 
 
Back
Top
Log in Register