kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,698
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,698
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyampaikan ucapan pada Majlis Sambutan Hari LHDN ke-30 hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru sektor swasta mempertimbangkan pelaksanaan aturan kerja fleksibel seperti diamalkan dalam perkhidmatan awam, termasuk kaedah bekerja dari rumah (BDR).
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata langkah berkenaan dapat mengurangkan penggunaan bahan api, meredakan tekanan kos serta mengekalkan produktiviti dan moral tenaga kerja.
"Dalam menghadapi risiko tekanan kos, majikan juga wajar lebih anjal dan pragmatik dalam mengurus operasi.
"Sektor swasta tidak boleh kekal selesa dengan kaedah lama dalam dunia yang telah berubah. Sebaliknya, ini masa untuk mempercepatkan peningkatan produktiviti, meningkatkan pelaburan dalam inovasi serta automasi dan mencambah nilai tambah serta kemampanan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Sambutan Hari Lembaga Hasil Dalam Negeri ke-30 di sini hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Anwar berkata kerajaan juga menyediakan kerangka Ekonomi MADANI dan dasar jelas untuk mengangkat martabat negara, justeru sektor swasta perlu memanfaatkan sepenuhnya ruang dan peluang yang dibuka oleh ikhtiar reformasi itu.
"Segala aspirasi ini tidak akan menjadi nyata tanpa iltizam bersama untuk melaksanakannya dengan sepenuh jiwa," katanya.
Merujuk kepada konflik Asia Barat, Anwar berkata ia memberikan impak besar bukan sahaja kepada kestabilan serantau, malah kepada ekonomi dan keselamatan global.
Sektor Swasta Diseru Laksana Aturan Kerja Fleksibel, BDR - PM Anwar
Anwar Ibrahim, swasta, BDR, fleksibel, tenaga kerj