BTC USD 76,395.5 Gold USD 4,310.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sekolah Sukan Malaysia Perlis Dijangka Siap Januari 2027

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,154
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,154
Reaction score
346
Points
141

Sekolah Sukan Malaysia Perlis Dijangka Siap Januari 2027​

858420e17e2833ace42727fbbd264f556a7046583a192

--kredit FB Shamsul Azri Abu Bakar

Pembinaan Sekolah Sukan Malaysia Perlis di Bukit Chabang, Padang Besar yang terbengkalai sejak 2013, dijangka siap sepenuhnya menjelang Januari 2027.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata perkembangan semasa projek itu menunjukkan ia berada pada landasan tepat dengan kemajuan fasa pertama kini mencapai 85 hingga 90 peratus.

Beliau berkata keyakinan itu berdasarkan tinjauan pihaknya ke tapak projek dan mendapati kebanyakan isu yang sebelum ini mengganggu pelaksanaannya, termasuk kekurangan tenaga kerja serta masalah kontraktor, telah berjaya ditangani.

"Melalui lawatan hari ini, saya yakin fasa pertama dapat disiapkan pada Januari 2027," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Iltizam 2026 di Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini hari ini.

Pada April tahun lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan projek berkenaan diserahkan kepada syarikat milik kerajaan yang berkeupayaan bagi memastikan pembinaan sekolah itu dapat disiapkan tanpa sebarang kelewatan lagi.

Ketika berucap pada konvensyen itu, Shamsul Azri berkata Akta Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 (Akta 867) diwartakan pada 22 Mei 2025, dan berkuat kuasa sepenuhnya pada 1 Dis 2025, bertujuan mengurangkan kerenah birokrasi dan meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.

"Ia bertindak sebagai instrumen undang-undang rasmi yang menguatkuasakan amanah dalam sistem pentadbiran negara, bukan sekadar dasar atau arahan pentadbiran semata-mata.

"Kerajaan memperkukuh kecekapan sistem penyampaian melalui pelaksanaan Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) di bawah Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA)," katanya.

Menurutnya, sejak dilaksanakan pada 2024, sebanyak 439 projek RKB berjaya disiapkan dengan anggaran penjimatan kos pematuhan RM2.95 bilion kepada rakyat dan komuniti perniagaan.

 
Back
Top
Log in Register