BTC USD 85,726.9 Gold USD 4,134.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

sejarah 125zr

sapit87

Legendary Member
gem
Messages
10,327
Joined
Oct 4, 2012
Messages
10,327
Reaction score
1,121
Points
201
Yamaha 125ZR



Pengenalan

Kini tampil dengan wajah baru sepenuhnya. Nyata, ia lebih mempersona dengan 2 warna baru yang lebih garang dan dekal yang lebih sporty. Dipadankan dengan prestasi yang sama cemerlang dan dilengkapi pula dengan ciri-ciri keistimewaan yang tidak dapat ditandingi oleh saingan, tidak hairanlah ia tetap menjadi motosikal 2 lejang yang paling unggul dalam kelasnya.


Prestasi Enjin
Dengan nisbah mampatan 6.5:1, unit kuasa ini menghasilkan keluaran kuasa maksimum setinggi 12.8kW pada 8000 rpm dan tork maksimumnya ialah 16.1Nm pada 7500 rpm. Ini memastikan keunggulan prestasinya dengan pemecutan yang lancar pada kelajuan rendah mahupun pada kelajuan tinggi.

Pemangkin Asap
Pemangkin tiub-panas mengurangkan gas daripada ekzos sehingga 50%. Ia membersihkan elemen-elemen toksid seperti karbon monoksida, hidrokarbon dengan menukarnya kepada sebatian seperti air, hidrogen dan karbon dioksida. Pemangkin mesra alam sekitar ini tidak memerlukan penyelenggaraan. Pertama dalam kelasnya di Malaysia dan penggunaan petrol tanpa plumbum adalah disyorkan.

Ciri-ciri
Keseluruhan panjang x lebar x tinggi
= 1,900mm x 675mm x 1,035 mm
Kelajuan keseluruhan
= 124.3cc
Ketinggian tempat duduk
= 752 mm
Tapak roda
= 1,250 mm
Kelegaan minimum dari tanah
= 135 mm
Berat kering
= 101 kg
Bateri
= YB3L-B
Kapasiti minyak enjin
= 1.2 liter
Sistem api
= Digital magnet canggih jenis CDI
Transmisi
= 6 kelajuan / gear
Brek depan / belakang
= Brek cakera

Warna
Hitam / Merah / Biru / Perak / Kuning / lain-lain

Sejarah
Generasi pertama adalah 125Z yang mula dikeluarkan pada tahun 1999. Seterusnya pada tahun 2005, diperkenalkan 125ZR yang dikeluarkan hinggalah sekarang. Namun pada awal tahun 2011 Yamaha menghentikan pengeluaran Yamaha 125ZR ini atas sebab-sebab tertentu (dengar ceritanya untuk mengelakkan wujud lebih ramai rempit, mengurangkan asap di jalan & mengurangkan kemalangan jalanraya). Ini menjadikan ianya sekarang "limited edition".


Spesifikasiteknikal

http://1.bp.blogspot.com/_6uf475reQaY/R-t02-SMWRI/AAAAAAAAAMo/IylCInHClg8/s1600-h/125Z-2.jpg

Gambar

11hdlq1.jpg

spesifikasi teknikal

s5gsd1.jpg

pamplet 2005, 125ZR hitam & perak

zl87me.jpg

pamplet 2007, 125ZR hitam & merah

2hq7xub.jpg

pamplet 2005, 125ZR silver/perak

2edxgdy.jpg

"special edition" Rossi 46

32zs7pl.jpg

Yamaha 125ZR 2005 design

fvaeip.jpg

Yamaha 125ZR 2007 design

Design
Jika kita perhatikan, terdapat 4 design utama Yamaha 125ZR, iaitu design keluaran pertama 1999, design keluaran kedua 2005, design keluaran ketiga 2007, design keluaran keempat 2009.

Design yang pertama, 1999, dinamakan Yamaha 125Z, yang terdapat dalam warna hitam atau merah atau biru atau kuning dan semuanya bersayap putih. Ia menggunakan rim biasa / lidi / ranting.

255ug75.jpg


Design yang kedua, 2005, dinamakan Yamaha 125ZR. Ia mula menggunakan rim sport dan terdapat lampu brek kedua. Terdapat juga perubahan pada rekabentuk panel meter, pelindung angin hadapan, pemijak gear dan menggunakan lampu hadapan multireflektor. Ia ditawarkan dalam warna merah atau biru atau hitam atau perak yang semuanya bersayap putih. Ia menggunakan rim sport Samurai.

Design yang ketiga, 2007, juga dinamakan Yamaha 125ZR. Ia seperti design yang kedua, tetapi terdapat perubahan pada rekabentuk lampu belakang, rekabentuk panel meter yang berlampu jarum meternya, pelindung angin depan, brek cakera depan lebih besar dan menggunakan lampu isyarat depan multipantulan. Ia ditawarkan dalam warna hitam atau merah sahaja yang bersayap sama warna. Ia menggunakan rim sport biasa.

Design yang keempat, 2009, juga dinamakan Yamaha 125ZR. Ia seperti design yang sebelumnya, tetapi terdapat sedikit perubahan pada lampu belakang yang menggunakan LED dan pada rekabentuk panel meter. Ia ditawarkan dalam warna hitam atau merah sahaja yang bersayap sama warna tetapi menggunakan sticker / strike yang berbeza dengan sebelumnya.

Terdapat 2 design yang "special edition" iaitu rossi 46 dan go!go!go! yang masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri dari segi prestasi enjin dan rekabentuk.

e5ihzm.jpg



Sekian dahulu perkongsian saya tentang motor kesayangan saya yang juga saya anggap ia sebagai isteri pertama saya, Yamaha 125ZR yang asalnya berwarna perak / silver, tetapi kini berwarna merah hitam kerana saya sangat meminati warna merah dan kerana sayangkan coverset asalnya (silver / perak) yang menjadi "limited edition" serta kegilaan ramai sekarang. Motor kesayangan saya ini adalah design yang kedua, keluaran tahun 2005. Owner pertama (classmate sek men saya, sekarang seorang bilal masjid) membelinya pada 2006 dan saya membeli dari beliau pada 2008.

credit to: http://playaridup.blogspot.com/2011/06/berkenalan-dgn-motor-kesayangan-aku.html
 
Kegilaan minah minah zaman dulu..skg koman 2 nak ada ferio wira buruk:eek:
 
dgr cite moto ni dah nak stop production dah...xtau la betoi ke x nk jd mcm rxz hmmm...

dulu sempat pakai setahun je pastu kene curik..h@ram j betoi
 
skang xheran. dulu klo bwk sume pandang
 
dpt duit ptptn trus ak beli moto ni cash.:)) 125zr merah bata. pernah kne curi staun jmpe blik. skang pki coverset rossi 46. ad smpan dlm bilik :))
 
power motor ni...
dh xde production lgi dh..
 
2nd version keluar dulu aku org pertama beli moto ni kat area aku. Beli kaler merah...smart giler. Bawak pegi balik keje dalam 120km. Masuk hari ke-7 aku tertoggeng bersama2 moto aku atas jln psl langgar lobang. Tu pun psl mengelak bas yg masuk lane semula lps berhenti kat bus stop. Jln pulak gelap. Tersungkur kat area paya jaras... nasib baik luka2 ringan je...handle herot pun lenjan juga bawak balik rumah. Syukur masih panjang umur... Sekrg pakai FZ 2014 pilak... :). Biar x selaju zr janji mantop.
 
Back
Top
Log in Register