eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
BATANG TIGA - Beberapa petani di tanah pertanian di Mukim Tanjong Minyak lot 387 dan lot 388, semalam, membuat satu laporan polis berkaitan dakwaan petani di kawasan itu ditipu ‘orang tengah’ yang meminta bayaran RM400 setiap seorang bagi proses permohonan tanah pertanian di kawasan pertanian Ayer Salak diusahakan mereka sejak tiga generasi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bachang, Lim Jak Wong berkata, menurut aduan diterimanya daripada petani di kawasan itu, pada 4 Januari 2007 lalu, seorang lelaki berusia kira-kira 50 tahun berjumpa petani dan meminta bayaran bagi proses permohonan terbabit.
“Pengadu bersama seorang lagi telah membuat pembayaran di rumah lelaki terbabit, di mana pada masa itu didakwa seorang pegawai ada bersama,” katanya.
Menurutnya, pada 11 November lalu, petani berkenaan mendapat tahu daripada akhbar yang mengatakan bahawa kerajaan sudah bercadang membina kolam takungan air sejak dahulu lagi.
“Petani ini kesal serta berasa telah ditipu oleh lelaki terbabit kerana membenarkan mereka membuat permohonan, walaupun pada hal sebenar, tapak tanah tersebut sudah ada cadangan pembinaan kolam takungan air oleh kerajaan,” katanya.
Berita selanjutnya di Sinar Harian hari ini