BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sebuah Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Kuala Nerus

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
c28778eb03e037c15a5854a4016d02c162f06a3853954


Sebuah rumah yang didiami enam sekeluarga musnah dalam kebakaran di Kampung Gong Kijang, Bukit Tunggal, dekat sini petang tadi.

Komander Operasi Mohd Zaharim Yusof berkata tiga jentera bomba dengan 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Kota digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 4.25 petang.

Beliau berkata pihaknya berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh 16 minit sebaik tiba di lokasi pada 4.39 petang.

"Rumah jenis separuh kekal itu yang berkeluasan 40 x 60 kaki persegi dianggar 90 peratus terbakar," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Zaharim berkata kejadian berkenaan tidak melibatkan kemalangan jiwa dengan pemeriksaan lanjut masih dijalankan.

 
Back
Top
Log in Register