BTC USD 76,604.1 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Buruh Binaan Maut Dalam Kebakaran Rumah Di Kuala Nerus

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,719
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,719
Reaction score
97
Points
80
5befd6b7131ad9a6b003b2b7ab23a2a56979754ab0e44

Kredit: IPD Kuala Terengganu

Seorang buruh binaan maut selepas terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Tanjung Gelam, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata pihaknya menerima panggilan pada 7.30 petang yang memaklumkan terdapat kebakaran melibatkan sebuah kediaman berdekatan Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Gelam di sini.

Beliau berkata ketika tiba di lokasi kejadian, didapati sebuah rumah batu telah 100 peratus musnah dan dipercayai terdapat seorang mangsa lelaki berusia 49 tahun yang terperangkap di dalam kediaman berkenaan.

"Operasi melibatkan 21 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu.

"Mayat mangsa (Shafie @ Abd Rahman Awang) ditemukan di bahagian hadapan rumah sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan pihak bomba.

 
Back
Top
Log in Register