BTC USD 60,988.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Seberang Takir bebas dadah 2016

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Ahmad Razif Abdul Rahman​

Oleh Wan Zulkifli 
Wan Yaacob

[email protected]

KUALA TERENGGANU 2 Mei

Kawasan Dewan Undangan Negeri Seberang Takir disasarkan menjadi kawasan bebas dadah pada 2016 melalui program pemutihan yang bakal digerakkan secara bersepadu oleh pelbagai jabatan dan agensi.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman (gambar) berkata, langkah yang dirintis itu akan diperluaskan ke seluruh negeri jika dapat diperkukuhkan dan mulai menampakkan hasil memberangsangkan.

Ahmad Razif memberi gambaran, selain aspek penguatkuasaan, pendekatan akan turut terarah kepada pembentukan sahsiah diri terutama dalam kalangan remaja dan pengisian waktu luang mereka dengan kesedaran agama dan amalan kebajikan di samping aspek kemahiran serta peluang pendidikan.

Beliau berkata, dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) serta beberapa lagi jabatan agensi berkaitan seperti Jabatan Pendidikan, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) dan Jabatan Kesihatan satu modul khas akan diwujudkan untuk menangani masalah itu.

"Saya difahamkan Seberang Takir merupakan kawasan hitam gejala dadah dan kita meletakkan sasaran penghujung tahun 2016, Seberang Takir sebagai kawasan putih," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program sambutan Hari Antidadah Kebangsaan peringkat negeri Terengganu di sini hari ini.

Razif berkata, lebih membimbangkan gejala tersebut kini banyak melibatkan golongan nelayan, bukan sahaja di Seberang Takir malah beberapa lagi perkampungan nelayan kawasan pesisir pantai seperti Kemaman dan Besut.

Sehubungan itu, katanya, satu jawatankuasa akan dibentuk dengan beliau mempengerusikannya.

Di samping itu, katanya, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah diminta untuk membuat kajian mengenai keadaan sebenar gejala itu dengan diketuai oleh Prof. Ibrahim Mamat.

“Jabatan Pendidikan pula akan mengenal pasti kumpulan sasar, kalangan pelajar yang bakal meninggalkan bangku persekolahan dan mudah terdedah dengan kegiatan berisiko bagi 'memandu' masa depan mereka,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register