eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KAJANG 29 Sept. - Hukuman sebat terhadap model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor atas kesalahan minum arak yang sebelum ini tertangguh ekoran tiadanya pegawai sebat bertauliah mengikut syariat, kini siap-sedia dilaksanakan oleh Jabatan Penjara.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, Jabatan Penjara kini telah mempunyai pegawai sebat dan bersedia untuk melaksanakan tugas itu pada bila-bila masa.
Menurutnya, jabatan tersebut kini hanya menunggu lampu hijau daripada Mahkamah Syariah bagi melaksanakan hukuman itu.
"Terpulanglah kepada Mahkamah Syariah untuk menentukan tarikh. Kita hanya menunggu. Apa yang pasti kita boleh melaksanakan (hukuman) bila-bila masa," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Sijil Menengah Pengurusan Penjara Siri 1/2009 di Penjara Kajang, di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Datuk Zulkifli Omar.
Pada 25 Ogos lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, hukuman terhadap Kartika terpaksa ditangguhkan kerana Jabatan Penjara tidak mempunyai kepakaran dan pegawai terlatih untuk melaksanakan hukuman sebat itu mengikut cara dan kaedah yang ditetapkan oleh syariat.
Kartika, 32, dijatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah pada 20 Julai lepas selepas mengaku salah minum arak di sebuah hotel di Cherating pada 11 Julai 2008.
Hukuman sebat itu bagaimanapun ditangguhkan baru-baru ini bagi menghormati bulan puasa.
Dalam perkembangan lain, Abu Seman menyatakan kebimbangannya ekoran bilangan banduan warga asing yang mencecah 40 peratus di semua penjara seluruh negara.
Daripada jumlah keseluruhan 12,000 banduan warga asing, banduan warga Indonesia mendahului senarai dengan 8,000 orang diikuti Filipina dan Myanmar yang masing-masing mencatatkan 1,000 orang.
Ditanya jika kementerian akan melaksanakan dasar membawa pulang banduan Malaysia yang sedang menjalani hukuman penjara di negara asing bagi membereskan baki hukuman di sini, beliau berkata:
"Perkara itu masih dalam perbincangan dan sedang dalam kajian kementerian."
Terdahulu ketika berucap, Abu Seman berkata, Jabatan Penjara masih kekurangan pegawai dan anggota bagi memantau keseluruhan banduan yang semakin meningkat bilangannya di negara ini.
"Buat masa ini seorang pegawai atau anggota ditugaskan untuk memantau sembilan banduan dan nisbah itu jauh melepasi piawaian antarabangsa yang menetapkan 1:3," ujarnya.
Senario itu katanya, jika tidak diatasi segera berkemungkinan akan memberi tekanan kerja kepada kakitangan Jabatan Penjara.
Terdahulu pada majlis itu, daripada 208 peserta yang ditauliahkan hari ini, Azmi Mahat muncul sebagai juara keseluruhan kursus tersebut manakala kategori terbaik akademik dimenangi oleh Nornita Abdul Rahman.