BTC USD 84,895.2 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PC News Sebahagian Pengguna Windows Dah Boleh Main Game Android Di Komputer

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,632
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,632
Reaction score
7,745
Points
916
Google telah mengumumkan bahawa mereka sedang menghasilkan projek baharu bulan lepas. Projek ini dinamakan sebagai Google Play Games yang mana Google ingin membawa masuk permainan Android ke PC. Kini, Google telah pun melepaskan Google Play Games ini namun ia masih lagi dalam fasa beta yang mana ia hanya terhad untuk negara Korea, Taiwan dan Hong Kong.

Permainan yang terdapat dalam Google Play Games ini juga masih lagi terbatas. Tujuan Google tetapkan projek ini dalam fasa beta kerana ingin menerima maklum balas sebelum ianya dilepaskan secara rasmi. Dengan ini, pemain boleh merasai pengalaman main permainan popular Android seperti Mobile Legends: Bang-Bang dan PUBG Mobile: New State dengan menggunakan papan kekunci dan tetikus.

Pemainan dalam Google Play Games ini juga akan diselaraskan (sync) dengan akaun pada telefon pintar anda. Jadi anda tidak perlu risau untuk membuat akaun baharu. Jika anda berminat untuk menyertai beta ini, anda boleh klik pautan ini.
​
​


Sumber asal arsTECHNICA​
 
Back
Top
Log in Register