BTC USD 83,422.8 Gold USD 4,177.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sebab bukan Melayu sukar terima Islam

nikman

Fun Poster
Messages
109
Joined
Feb 21, 2010
Messages
109
Reaction score
30
Points
20
Perkataan "Islam" di Malaysia sudah menjadi sinonim dengan Melayu. Jadi isu yang melibatkan penggunaan kalimah Allah oleh golongan bukan Islam terus dikaitkan dengan persoalan "Melayu lawan bukan Melayu".

Sebagai contoh, sudah menjadi amalan biasa di negara ini untuk pertubuhan dan NGO Islam berjuang untuk hak-hak seperti kuota dalam bidang ekonomi dan pendidikan kepada komuniti Islam seiring dengan pertubuhan dan NGO Cina, India, Orang Asli dan lain-lain yang berjuang untuk kuota masing-masing.

Akibatnya, perkataan Islam disalahtafsir sebagai suatu nama untuk sekumpulan atau serumpun manusia, dan bukan lagi suatu gambaran cara hidup untuk manusia seperti yang dinyatakan dalam al-Quran.

Dalam erti kata lain, majoriti umat Islam sudah dijangkiti wabak yang melanda penganut Yahudi, iaitu merasakan diri mereka insan terpilih, termasuk dalam kelab atau "kumpulan orang beriman".

Cuba bayangkan, segolongan manusia percaya bahawa Tuhan itu Allah, iaitu yang menciptakan langit dan bumi serta yang memberikan mereka rezeki.

Tetapi mereka mempunyai kepercayaan yang songsang bahawa Allah itu mempunyai anak atau sebagainya di atas dunia ini.

Tiba-tiba, kita berkata, "Tidak! Kamu tidak boleh mengaku Tuhan yang menciptakan alam ini Allah kerana kamu mempunyai kepercayaan lain yang salah tentang sifat Allah".

Dalam dunia Islam sendiri, terdapat berpuluh-puluh juta orang Islam di Iran, Syria dan Lebanon yang percaya bahawa Saiyidina Ali itu bayangan Allah dan dicipta daripada cahaya Allah dan sebagainya.

Golongan Yazidi, Druze dan Alwayiah di Timur Tengah mempunyai pelbagai pendustaan terhadap Allah yang sama teruknya dengan kepercayaan orang Kristian.

Lebih teruk lagi, sheikh-sheikh dan ketua agama mereka yang dimartabatkan status ini bukannya seorang nabi. Tidak pernah pula kita mendengar sebarang pihak, hatta golongan yang dianggap pelampau atau ekstrem agama termasuk al-Qaeda atau Hizb at-Tahrir atau lain-lain yang cuba melarang golongan minoriti ini menggunakan nama Allah.

Jika benar sekalipun pihak gereja Katholik berniat untuk mengelirukan orang Melayu, saya ingin bertanya, bolehkah kita mempunyai undang-undang untuk melarang orang lain menggunakan nama Allah hanya kerana kita berpendapat mereka berniat untuk mengelirukan kita?

Apakah ada asas untuk negara ini mempunyai undang-undang melarang orang lain menggunakan nama Allah kerana kita bimbang ia boleh mengelirukan kita?

Saya rasa negara yang menggubal undang-undang kerana "takut ia boleh mengelirukan" adalah sebuah negara yang teruk dan sedang menuju keruntuhan kerana undang-undang hanya digubal berdasarkan prinsip keadilan. Melarang gereja Katholik menggunakan perkataan Allah melanggar prinsip dalam agama Islam dan juga perlembagaan.

Mungkin benar pihak gereja ingin mengembangkan pengaruh mereka di Malaysia, tetapi ia melanggar ajaran al-Quran dan juga melanggar perlembagaan untuk menyekat mereka menggunakan nama Allah sewaktu merujuk Tuhan.

Saya berpendapat, definisi Melayu sebagai penganut Islam seperti yang dilakukan di Malaysia telah menjauhkan masyarakat bukan Islam daripada agama Islam.

Kenapa agama lain seperti Kristian begitu senang diterima oleh orang Cina, India dan penduduk pribumi di Sabah dan Sarawak berbanding Islam?

Dalam sejarah Islam, kita melihat bagaimana penduduk di Afrika Utara dan tanah bekas jajahan Roman begitu ramai memeluk Islam selepas pemerintahan bertukar kepada orang Islam. Mereka tidak mempunyai masalah dengan panggilan nama Tuhan.

Malah umat Islam pada zaman tersebut dianggap sebagai masyarakat bertamadun seperti dunia hari ini melihat negara Kesatuan Eropah dan sebagainya.

Afrika Utara (Mesir dan Maghribi) dan juga negara seperti Lebanon, Syria, Jordan dan Palestin pada hari ini pada asalnya berpenduduk majoriti Kristian dan juga Yahudi.

Apabila kekuasaan beralih kepada orang Islam, masyarakat mereka memeluk Islam tanpa sebarang paksaan. Minoriti Kristian dan Yahudi pada hari ini di negara-negara tersebut keturunan mereka yang hidup pada zaman sebelum kedatangan Islam.

Kenapakah begitu sukar orang bukan Melayu di Malaysia menerima Islam? Kesukaran ini berlaku walaupun mereka akan mendapat faedah seperti dianggap bumiputera dan sebagainya.

Pada pandangan saya, masyarakat bukan Melayu tidak tertarik kepada Islam kerana mereka nampak ketidakadilan yang dilakukan oleh kita atas nama agama Islam. Kerana itulah orang Cina di Singapura lebih senang untuk didakwah kepada Islam berbanding orang Cina di Malaysia.

Sebenarnya tamadun yang paling mesra dan tidak mempunyai masalah dengan Islam ialah tamadun China kerana faktor sejarah. Orang Islam ramai yang diberi jawatan tinggi dan diberi kepercayaan dalam sejarah kerajaan negara China.

Malangnya, akibat isu perkauman yang ditimbulkan di negara kita, orang-orang Cina di Malaysia sudah mempunyai pandangan yang kurang tepat tentang ajaran Islam.

Saya percaya, melarang orang bukan Islam menggunakan nama Allah akan menjauhkan lagi mereka daripada Islam.

Tidak adil dan bercanggah dengan prinsip keadilan untuk melarang mereka menggunakan nama Allah kerana "bimbang orang Melayu akan terkeliru".
 
dari 1 segi aku agak setuju dengan kenyataan TT (Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu)..tapi secara peribadi..sebab UTAMA bukan Melayu sukar menerima Islam bukan kerana apa..kerana feel perangai orang Melayu sendiri..
 
bg contoh sket bro...
 
bg contoh sket bro...

contoh??..nih pengalaman peribadi aku la..semasa aku keje kat KL (tahun 2000)..ada sahabat aku nih (budak Pahang,nama x payah sebut la)..minum arak..tapi yang kelakar..masa dia mabuk..boleh pula dia kata arak tuh haram..aku kene scam dulu pun dengan budak melayu..rumah sewa aku kene pecah..bila dapat tangkap..rupanya budak melayu..sorry kalu statement aku nih macam burukkan melayu..tapi nih pengalaman aku..tak juga aku nafikan..ada Melayu yang baik..jujur..ikhlas..tapi yer la..kerana sebilangan itu..semua menjadi mangsa..

ps: aku minta maaf bebanyak..kalu apa yang aku kongsikan nih menyebabkan adanya perasaan tak puas hati nanti..#:-S
 
dari 1 segi aku agak setuju dengan kenyataan TT (Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu)..tapi secara peribadi..sebab UTAMA bukan Melayu sukar menerima Islam bukan kerana apa..kerana feel perangai orang Melayu sendiri..

setuju...nape bangsa lain di negara ni xberapa suke dgn agama ISLAM adalah sbb perangai org Melayu yg mengaku ISLAm sendiri.....

bila mereka nak masuk ISLAM wajib tukar nama kepada nama MELAYU.....sedangkan jika nama mereka dah punya makna yg baik buat pe nak tukar2......

Melayu pon ramai yg namanya xde maksud langsung malah terikut2 dgn pengaruh barat......ade lak tu nama anak = nama ayah + nama ibu.....

leh ke camtu......pastu nak kena ikut adat Melayu...kawen nak kena pakai baju melayu+kain samping+keris...tu bukan ISLAM..tu adat Melayu....

dah bila peluk ISLAM...kena buang dgn family n kwn2 agama lama satu hal.....pastu lak bleh org melayu yg mengaku ISLAm nie pun pandang rendah pd mereka....bukan nak bantu.......wallahualam...
 
tol tu bang

dulu mmg kalo org kata masuk islam tu mmg masuk melayu la..sbb ape?sbb dulu nye perbuatan,percakapan etc melayu tu berteraskn Islam..sbb tu wujud istilah tu..aku masa belajar art history pn ada sentuh bab ni

feel tu mmg pn bang..aku yg melayu mmg ngaku,perangai masy melayu mmg teruk..JANGAN TUDING JARI pada sesiapa atas permasalahan ini..ini berkaitan niat anda
 
beberapa kenyataan sedara ada benarnya..sedikit sebanyak..
 
tol tu bang

dulu mmg kalo org kata masuk islam tu mmg masuk melayu la..sbb ape?sbb dulu nye perbuatan,percakapan etc melayu tu berteraskn Islam..sbb tu wujud istilah tu..aku masa belajar art history pn ada sentuh bab ni

feel tu mmg pn bang..aku yg melayu mmg ngaku,perangai masy melayu mmg teruk..JANGAN TUDING JARI pada sesiapa atas permasalahan ini..ini berkaitan niat anda

maksud aku bukan la semua tapi sebilangan..dan kenyataan yang aku birukan tuh..betul ke?nih yang aku selalu perkatakan..bila akan ada masa orang akan menyebut agama itu bangsa dan bangsa itu agama..:)...aku bercakap berdasarkan pengalaman aku sendiri..bukan mengambil dari mana2 kenyataan orang lain..
 
Back
Top
Log in Register