BTC USD 61,993.3 Gold USD 4,470.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Saya tetap jual mercun'

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR: Walaupun menyedari penjualan mercun diharamkan, masih ramai peniaga berdegil, malah semakin ramai yang berani menjual barang larangan itu secara terbuka.
Tinjauan Harian Metro di beberapa kawasan sekitar Ampang mendapati kawasan tepi jalan di kawasan perumahan di sini, menjadi tumpuan peniaga terutama selepas waktu berbuka puasa.


Peniaga yang hanya dikenali sebagai Eddy, 30, berkata dia sudah memohon lesen perniagaan daripada pihak berkuasa, namun sehingga kini belum diluluskan.


Disebabkan ia barangan yang diharamkan, stok untuk mendapatkan bunga api dan mercun menjadi mahal menyebabkan dia menjual pada harga tinggi.


“Saya tahu perniagaan bunga api diharamkan dan mustahil lesen permohonan saya akan diluluskan, tetapi saya tetap akan terus mencuba.


“Bunga api dan mercun mendapat permintaan ramai setiap kali bulan puasa menyebabkan saya terus menjualnya,” katanya.


Seorang lagi peniaga dikenali sebagai Bob, 28, berkata dia berniaga bunga api mengikut permintaan.


“Selalunya mercun ‘thunderclap’, ‘das’ dan ‘katak’ menjadi pilihan kerana bunyi yang kuat mampu menarik perhatian tanpa perlu menambah apa-apa,” katanya.
 
yg ada duit lebih tu leh la enjoy main bakar2
 
senang nak dapat mercun2 ni ...
 
ade loopholes besar ni,,
 
"Peniaga yang hanya dikenali sebagai Eddy, 30, berkata dia sudah memohon lesen perniagaan daripada pihak berkuasa, namun sehingga kini belum diluluskan."

yg mohon lesen utk jual mercun mmg lah tkkn lulus punya En.Eddy wey.napa tak mohon lesen jual dadah aje sekali dgn kearajaan.
 
kt jb mmg senyap je..tahun ni mcm panas ckit..klo x kat psr borong pandan sume nk jual mercun je..
 
Back
Top
Log in Register